Nov 16, 2012

KetentuanMu


Bismillahirrahmanirrahim


Diri leka dibuai dunia, akhirat entah kemana, laluan yang dilalui masih sama, tidak yang berubah dan berbeza. Allah.

Untuk sekian lama membiarkan diri leka dibuai dunia. Aku bukan seperti yang dulu, bahkan aku mungkin tidak mengenai diriku kini. Merasai terlalu jauh darimu ya Allah. Selama ini aku tenggelam dalam lautan yang terbentang luas.  Membiarkan diri dihidangkan keseronokan dan kesenangan tanpa memikirkan nasib diri ini. waktu yang terluang, aku akui tidak menghargainya sebaik mungkin. Diri ini terlalu leka! Leka melayan dunia yang tidak menjaminkan sesuatu kebaikan buat diriku bila pementasan akhirat telah diadakn kelak. Semua apa yang aku lakukan, semua akan disiarkan! Semua! Bukan sedikit. Aku tertanya-tanya pada diri, apa yang telah aku lakukan selama ini. Adakah aku telah gunakan masa dan tenaga untuk islam? Apa yang aku inginkan bentangkan cara kehidupanku didunia ini kepada penciptaku? Melarikan diri? tidak! tiada seorang pun yang akan dapat melarikan diri. Hanya ketika itu,merasai kekerdilan , kehinaan dan kekotoran dosa yang bertimbun dan ia juga mungkin bergunung. Astraghfirullah. Moga engkau ampunkan dosaku, sedarkan aku ketika aku leka ya Allah. Berilah pembalasan pada dunia buat diriku, bukan diakhirat. Aku tidak mampu menanggung kesakitan dan kepedihan dihari kemudian.


Kini. Tinggal beberapa hari sahaja baki cuti yang aku lalui akan berakhir. Tiada lagi dunia khayalan, dunia mainan, dunia senda gurau. Lepas ini, adalah masa untuk aku bermujahidah seorang insan yang terlalu banyak dihantui kisah kehidupan dan dosa untuk berperang pada hawa nafsu dan kehendak diri dalam pencari ilmu. Moga dipermudahakn segala urusanku. Aku terlalu takut untuk melangkah biarpun setapak kehadapan. Benar. Laluan hidupku masih sama! Tapi, aku akan cuba mengubah cara langkahku. Melangkah langkah yang baru, agar setiap langkahku lebih terjaga. Moga-mogaan. Tiada yang aku pinta dari seorang hamba kepada pencipta melainkan mengharapkan keredhaanNya dan mengharapkan terus beristiqamah pada jalan dakwah dan tarbiyah ini. Aku ingin menjadi anak panah islam yang mana bila dicampak kemana sahaja, islam adalah peganganku!. Mendidik hati dengan keikhlasan dan kesabaran dalam kehidupan ini. Memberi sebaik mungkin setiap apa yang aku lakukan. Memahami setiap ilmu yang aku dapat, untuk dikongsikan kepada orang lain sebaik mungkin. Bantuku ya Allah. Sebaik-baik perancangan adalah perancanganMu. Jadikan aku redha dalam setiap apa yang aku lalui. Aku ingin menjadi seorang pendakwah dan motivasi kepada orang lain. Bila aku ditarbiyah, aku ingin orang lain juga ditarbiyah. Moga dipermudahkan segala urusan ini. amiin.


Setiap apa yang aku lakukan, aku akan cuba mencari ibrah buat diri. Untuk sekian lama, aku hanya mampu melihat mereka pergi meninggalkan kami diteratak ini untuk mengerjakan umrah. Sungguh! Aku terlalu cemburu pada mereka. Ya Allah, pilu hati menahan sebak kerana aku merasakn terlalu hampir dengan kota itu, tapi aku tidak mampu untuk menjejak kaki ke tempatMu. Tunjukkan daku jalan yang benar dan petunjukmu agar aku tidak leka pada dunia untuk sesaat cuma. Jadikan daku seorang yang terpilih untuk menjejak kembali ke kota suci mekah dan madinah. Biarkan pengakhiran hidup ini, adalah pengakhiran yang baik. Jodohkan diriku dengan ketentuanMu.

Oct 28, 2012

Raya haji


SubhanAllah. ^_^

Alhamdulillah. Setelah bertungkus lumus membantu sahabat menjayakan program besar bersama delegrasi misi bantuan syria selama dua hari  menguji kekuatan, ketabahan dan kesabaran manusia yang banyak ragamnya. Satu pengalaman yang amat bermakna. Jika dulu, hanya melihat dari kaca televisyen, kali ini diri yang perlu 'terjun' ke dalam program. 

Bersama menjayakan juga hari KFC menyambut hari raya aidiladha dengan keluarga PRISMA sendiri seolah-olah bersama keluarga di Malaysia. Kali ketiga beraya tanpa disisi keluarga, menguatkan lagi hati yang merindui mereka disana. Berhadapan 50 ekor kambing dan 3 ekor lembu untuk disembelih seusai menunaikan solat sunat raya di pagi raya, merapatkan lagi ukhuwah persahabatan yang dibina. 










Sep 7, 2012

Tarbiyah




Kerana sebuah tarbiyah
aku kini mampu berdiri sendiri
meski seluruh dunia melawan
meski setiap hati menolak
aku tetap menggenggam bara api itu
kerana hidupku hanyalah untukNya
kerana matiku hanyalah untukNya.

Kerana sebuah tarbiyah
duniaku yang sempit
kini bertukar menjadi seluas alam
luas, seluas laut biru yang terbentang.

Duniaku tak lagi kontang
tanpa jirusan air yang membasahi hati
menghidupkannya
kerana akulah yang menjadi seperti
titis-titis hujan basah itu.


Puisi dari sebuah video.
Tarbiyah. Aku mengenal erti sebuah kehidupan.
Moga Allah redha.
2210

Sep 3, 2012

Mencari



Diri leka dibuai dunia
akhirat entah kemana
laluan yang dilalui masih sama
tiada yang berubah dan beza
tika terdiam sebentar
menyelak helaian kehidupan
berbagai ujian dan dugaan dilalui
tapi
masih tiada yang berubah pada diri
hati menjerit kesakitan
membiarkan kelukaan
dan juga pada diri
tiada pengubat ditemui
lupa akan ada yang memerhati setiap saat
yang hanya tahu
menyalahkan takdir setiap masa
keliru dan buntu menghantui
tiada teman disekeliling
merasai hanyalah kekosongan.

Tika mula reba dihujung ketewasan pada diri
ada insan menghulurkan tangan
kemas memegang erat dihujung jari
ligat memikirkan siapakah dia
dari mana datangnya
kenapa mesti saat ini 
tidak pulak untuk menangkis tangannya
masih terdiam
biarkan digenggam erat
air mata mula menitis 
laju dan terus teresak
mula sedari
dipeluk erat dan hati mula disentuh
mula menyedari
masih ada insan yang menyayangi diri ini
hanya diam membuntu bersamanya
bahkan sekelilingku menjadi saksi
nasihat dan kata tersentuh hati
yang terlalu lama tidak disirami kata nasihat.

Kini...
tiada yang mampu dilakukan
hanya ungkapan zikirullah
dikala hampir terjatuh dan tersungkur
Dia beri insan yang dapat fahami diri 
Dia tahu isi hati
Dia tahu apa yang diperlukan oleh hambanya
Dia yang beri kekuatan dan kesabaran
Dia sedarkan dari terus hanyut dek dunia
Dia tak jemu mendengar rintihan hamba
Dia bercerita dari surat cintanya kepada hambanya
Dia sabar dengan kerenah hambanya
biarpun Dia tahu sikap hambanya terhadapNya
dikala hambanya berjalan untuk mencari Dia
Dia berlari kepada hambanya itu
kerdil dan hina pada diri dirasai.

Pengubat ditemui
surat cintaNya
mengenal keindahanNya
zikirullah dan selawat kepadaNya
inilah tempat mengadu yang utama seorang hamba
kepada Sang Pencipta
sehingga mampu menulis bait ini.

Ungkapan dikala ini hanyalah alhamdulillah
Terima kasih Ya Rabbi
Kerana itu, aku masih disini
Merasai nikmat islam, iman dan ihsan.




Mencari cinta Ilahi
Moga Allah redha
1428

Aug 22, 2012

Tersenyumlah



Apabila anda merasa susah, tertimpa berbagai duka dan kesedihan, maka tersenyumlah, barangkali senyum bisa menghilangkan berbagai kesalahan dari dirimu.

Apabila anda fakir dan merasakan pedihnya rasa membutuhkan, maka tersenyumlah, barangkali kefakiran ini lebih baik bagimu kerana menghalangimu dari keangkuhan yang disebabkan kekayaan dan kesombongan yang disebabkan kemewahan, serta menghindarkanmu dari fitnah dunia.

Apabila anda sakit, tidak bisa meninggalkan tempat tidur dan hanya bertemankan kasur putih, maka tersenyumlah, sebab rasa sakit dapat menjadi penyuci kesalahan-kesalahanmu, ubat hatimu, dan dapat membuat anda bertaubat terhadap Tuhanmu.

Apabila anda dizalimi seseorang dan dihinakan oleh orang yang menzalimimu, maka tersenyumlah, kerana anda adalah orang yang dizalimi bukan menzalimi. Pujilah Tuhanmu, mintalah perlindunganNya bagi dirimu, sehingga anda tidak berada pada posisinya dan dia berada pada posisimu.

Apabila anakmu meninggal dan anda kehilangan buah hati, maka tersenyumlah, kerana dia akan memberi syafaat bagimu dan mempersiapkan bagimu minuman (di akhirat kelak). Dia pergi dengan kesedihannya, serta meninggalkan pahala dan balasannya.

Apabila anda dipenjara dalam keadaan terzalimi dan ditempatkan dalam ruangan sempit sendirian, maka tersenyumlah, barangkali Allah swt menghalangimu dari kemaksiatan, menyelamatkanmu dari bencana dan menjagamu dari kebinasaan.


Mulia ketika hidup,
Mulia ketika mati.
Dr. 'Aidh Al-Qarni.

____________

Didiklah hati dengan keikhlasan dan kesabaran. Jangan biarkan hawa nafsu menguasai diri kita, tapi kuasailah hawa nafsu supaya sentiasa tunduk dan patuh untuk sama-sama beribadah kepadaNya dan menjadi hamba yang mana sebenar-benar hamba di atas muka bumi ini. Hamba kepada Ilahi bukan Insani.


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sekadar kesanggupannya..." 
(QS Al-Baqarah : 286)


Tiada yang lebih hebat dari perancangan Allah buat hambanya. Tersenyumlah. Biarpun dirimu disakiti oleh orang disekelilingmu. Harungilah warna warni kehidupan ini dengan keikhlasan dan kesabaran. InsyaAllah. Beruntung bagi hamba yang sentiasa diberi uji daripadaNya. 




Melihat keindahanNya, betapa aku bersyukur. Alhamdulillah.
Moga Allah redha.
0802






Aug 17, 2012

Kad raya



Bismillahirrahmanirrahim. . .

Alhamdulillah. Ungkapan yang sebaiknya setiap detik dan saat. Sentiasa mensyukuri nikmat ujian dan dugaan dariNya. Pejam celik tanpa menghitung hari ke saat ini, hampir setahun saya merantau ke negara orang. Menjalani ibadah puasa dan beraya bertemankan sahabat seperjuangan tanpa disisi keluarga. Merantau bukan setakat merehatkan otak minda atau menghirup udara segar di negara orang, tapi perlu mengalas amanah sebagai seorang hamba untuk menuntut ilmu. 

Pilu dan sedih, ramadhan pasti akan meninggalkan kita, moga saat yang berbaki ini, kita sama memaksimumkan sebanyakkan mungkin amalan dan pahala. Adakah kita bertemu ramadhan yang akan datang?. Hanya Dia yang mengetahui. Moga diberi ruang untuk bertemu kembali. InsyaAllah. Moga ramadhan yang dijalani mendidik hati dan pemikiran untuk menjadi insan yang sebenar.  Hamba yang sebenar terhadap penciptaNya bukan manusia. 

Buat sahabat yang mengenali diri ini meskipun realiti atau fantasi (^^,) minta maaf salah dan silap selama kita bersahabat. Kira 0-0 la ye. Apapun, saya doakan kejayaan yang terbaik buat sahabat dunia dan akhirat. Moga sama - sama mencari dan mengharapkan keredhaanNya dan terus menjalankan amanah yang terpikul sebagai seorang hamba, anak dan isteri. InsyaAllah. isteri belum lagi. ^^


keciknya sy =.='' 




Moga Allah redha.





Aug 15, 2012

Senandung Air Mata



Aku dikejutkan pada tengah malam,
oleh seekor merpati
Di dahanan itu ia melagu sayu,
sedang aku masih kelenaan


Demi Tuhan Kaabah aku berdusta,
kalau benar aku merindu
Mana mungkin tangisan merpati
dapat mendahuluiku


Aku menyangka akulah pencinta,
yang paling sedih menderita
kepada Tuhan aku tidak menangis
sedang binatang sentiasa dalam tangisan. 


(Petikan kitab Ayyuhal Walad karangan Imam Ghazali Rahimahullah)


0613

Jul 20, 2012

Ahlan Ya Ramadhan (1)





Peristiwa Badar 

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. 


Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125. Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya. 



Islam membuka Kota Mekah

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. 


Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya.


Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah. 



InsyaAllah Cik Pika akan update lagi, banyak lagi hendak dikongsikan. Moga sahabat-sahabat sentiasa dibawah rahmatNya.
Ramadhan bertemu jua, mengimbas kenangan berpuasa bersama keluarga tercinta. 

Jul 1, 2012

Erti murabbi



Akhi, seorang murabbi itu hatinya hidup.

Jasadnya mendekap dengan Tuhan.

Hidupnya beralaskan agama.

Lintasan hati yang berdosa itu dirasanya seperti berzina.

Kalamnya itu sekadar keperluan, bukannya tutur dunia yang sia-sia.

Akhi, lapangan belajar di universiti bukan penentu utama dekatnya dia dengan Tuhan.

Yang penting dia menjadikan al-quran dan sunnah sebagai bicara hatinya dalam kehidupan.

Hatinya berfatwa dengan keimanan apabila berbuat dosa.

Hatinya berfatwa keihsanan apabila berbuat pahala.

Akhi,

Hanya hati yang hidup sahaja yang akan menghidupkan hati orang lain.

Mana mungkin hati yang mati, yang jauh dengan Tuhan…akan menyuburkan hati yang lain yang kegersangan. 

Jun 4, 2012

Iman sang semut!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

                                                     +                   +                    +

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: "

"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN"

Jun 2, 2012

Ikat hati

"assalamualaikum, intan." 

"waalaikumussalam."

"ukhti nak kemana petang ni?" tanpa berfikir panjang, ana terus bertanya. Melihat dia mempercepatkan langkah  tanpa merasakan ana berada disininya.

"nak jumpa kawan kejap, kenapa?" suara agak meninggi.

"...." ana hanya membalas dengan senyuman. Cuma fikiran melayang entah kemana setelah jawapan diterima sebegitu rupa.

                                                                              +   +   +
Sakit. Pedih. 

Pernah sahabat mengalami situasi diatas. Mungkin sahabat boleh jawap didalam hati. Mungkin seharian kita menjalani kehidupan ini, tanpa kita sedar ada orang lain terasa dengan diri kita, cuma diri kita sendiri perasan. It's right?

Kita selalu mengharapkan sahabat yang selalu mendampingi kita setiap masa. Berkongsi cerita suka dan duka, bergelak ketawa, menitis air mata bersama, berjalan bersama dan ikut program-program dakwah pun bersama. Merasakan ukhuwah persahabatan terlalu erat dan mesra.

Satu persoalan, adakah ianya akan kekal bersama? 

Hanya satu yang membuatkan sebuah persahabatan itu kekal adalah ikatan hati yang telah dibina keranaNya. Biarpun dugaan dan ujian yang hadir, mampu dihadapi dengan baik. Biarpun laluan mencapai kejayaan berlainan, tapi ikatan hati menyebabkan hati rindu dengan ukhuwah persahabatan.


Jika mana kita memahami erti sebuah persahabatan yang sebenar, kita akan menghargai sahabat yang hadir dalam hidup kita. Biarpun latar belakang yang berbeza. Ukhuwah persahabatan tidak dikira rupa paras, harta benda mahupun wang. Jika mana ia berlandaskan rupa, harta dan wang, ia hanya menyakit hati kalian suatu hari nanti. Persahabatan tidak akan kekal selamanya. 

Tanyakan diri kembali, kenapa aku berkawan dengan orang ini? Adakah sebab dia kaya, cantik mahupun hensem, bnyak duit? Niat itu penting. Tajdid niat kita balik. Dalam hadis Rasulullah saw ada bersabda :

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى

( Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan atau disertai dengan niat dan sesungguhnya keatas setiap seseorang itu ( dibalas ) berdasarkan niat mereka )



Adakah kita meletakan pergantungan semuanya kepadaNya? Mengikat hati pada jalan dakwah dan perjuangan dalam harian kita? Jangan kita mengikat sesuatu dengan sia-sia, kerana ia akan menyusahkan hidup kita balik. Buat satu perkara sehingga berulangan dua tiga kali. Masa terus menjalankan tugasnya tanpa berpatah balik.

Ikatlah tali itu sekuat yang boleh. 

Begitu juga ikatan hati dengan sahabat kita, cuba menjadi sahabat yang terbaik untuk dirinya. Biarlah kita yang memberi daripada menerima. Jadilah sahabat yang baik dan melebihkan sahabat daripada diri kita sendiri. Kita mungkin sakit sebab kita banyak memberi dan merasakan tidak ada yang memberi untuk kita. Biarlah masalah yang kita hadapi, hanya padaNya kita berpatah balik. Pasti akan ada suatu hari nanti akan dapat sahabat yang telah Allah aturkan untuk diri kita. Bersabarlah wahai hati.

Begitu juga kisah diatas, mungkin kita tak menghargainya sebelum ini. Jangan salahkan dirinya, tanya kembali kepada diri. Adakah aku pernah lakukan kepada orang lain? Hidup ini qisas, kita akan dapat balik apa yang pernah kita lakukan kepada orang lain. Kecuali jika kita bertaubat serta tak mengulangi dan berdoa agar perkara yang tak baik berlaku atas diri kita kembali. InsyaAllah.

Ikatan hati tidak semudah disangka untuk diikat, jika dibandingkan dengan mengikat seutas tali. Pasti akan ada kesakitan yang dirasai kerana manusia itu tidak sempurna. Berlapang dada dan berfikiran terbuka menerima corak kehidupan ini. 


0203am
Jordan






May 12, 2012

sesaat itu

Perjalanan ini aku merasakan terlalu singkat.
masa terus berlalu tanpa henti,
menjalankan tugasnya,
sedangkan insan lain sibuk dengan urusannya.
tanpa melihat masa.

bila mana masa terisi
dengan perkara yang berfaedah
sukar sekali untuk melihat masa.

masa pergi dengan sebuah senyuman..

sedangkan aku,
masih disini mencari setitis ilmu,
masih mencari erti sebuah kehidupan,
terkapai - kapai dilautan kehidupan ini.
yang aku temui adalah
dakwah dan tarbiyah.. penguat hatiku.
terima kasih Ya Allah.

Onak duri kehidupan ini
dihadapi dengan ketabahan hati
masih ada insan mengharapkan aku
terus berada pada jalan ini
membawa ilmu yang dikutip
untuk aku membawa pulang nanti.

saban hari,
aku tertanya- tanya,
adakah masa yang terluang adalah untuk islam?
fikiran buntu..
persoalan bermain difikiranku..


*adakah aku peluang untuk bertemu hari esok dan adakah hari ini merupakan hari terbaik dalam hidupku?

bydakwatputih.




Mar 18, 2012

8 cara menuju sukses

Syukur

Orang yang selalu bersyukur, hidupnya akan tenang dan selalu berkecukupan.
Contoh, orang yang selalu bersyukur dengan rejeki yang diberikan Tuhan, dia akan merasa berkecukupan dan akan ditambahkan rezekinya. Tetapi, orang yang tidak pernah bersyukur, dia akan merasa kekurangan dan hidupnya tidak tenang.


Amal Ibadah

Selama kita menuju sukses, jangan lupa kita selalu mengingat Tuhan dalam perjalanan kita di kesuksesan.  Karena tanpa mengingata Tuhan, kesuksesan yang diraih akan sia-sia. Kita juga harus sukses dunia akhirat, maka jangan lupakan Tuhan. 



Tekun

Masa tidak memerlukan kita, tapi kita memerlukan masa.

24 jam sebenarnya amat cukup untuk kita belajar ataupun mengulangkaji pelajaran.
Cuma, manusia itu sendiri tak mampu membahagikan masa itu dengan baik.
 Jangan sesekali kata masa tak cukup. 



Empati

Terhadap kesulitan orang lain, kita harus empati. Empati disini dimaksudkan, kita tidak Cuma memikirkan diri sendiri, tetapi kita juga peduli akan lingkungan dan orang lain. 



Yakin

Semua mampu berjaya. Kejayaan tak akan tercapai kalau tiada usaha.




Asah Kemampuan


Wujudkan Impian

Biar impian kita menjadi kenyataan, bukan sekadar diangan- angankan sahaja.


Nikmat