Jun 2, 2012

Ikat hati

"assalamualaikum, intan." 

"waalaikumussalam."

"ukhti nak kemana petang ni?" tanpa berfikir panjang, ana terus bertanya. Melihat dia mempercepatkan langkah  tanpa merasakan ana berada disininya.

"nak jumpa kawan kejap, kenapa?" suara agak meninggi.

"...." ana hanya membalas dengan senyuman. Cuma fikiran melayang entah kemana setelah jawapan diterima sebegitu rupa.

                                                                              +   +   +
Sakit. Pedih. 

Pernah sahabat mengalami situasi diatas. Mungkin sahabat boleh jawap didalam hati. Mungkin seharian kita menjalani kehidupan ini, tanpa kita sedar ada orang lain terasa dengan diri kita, cuma diri kita sendiri perasan. It's right?

Kita selalu mengharapkan sahabat yang selalu mendampingi kita setiap masa. Berkongsi cerita suka dan duka, bergelak ketawa, menitis air mata bersama, berjalan bersama dan ikut program-program dakwah pun bersama. Merasakan ukhuwah persahabatan terlalu erat dan mesra.

Satu persoalan, adakah ianya akan kekal bersama? 

Hanya satu yang membuatkan sebuah persahabatan itu kekal adalah ikatan hati yang telah dibina keranaNya. Biarpun dugaan dan ujian yang hadir, mampu dihadapi dengan baik. Biarpun laluan mencapai kejayaan berlainan, tapi ikatan hati menyebabkan hati rindu dengan ukhuwah persahabatan.


Jika mana kita memahami erti sebuah persahabatan yang sebenar, kita akan menghargai sahabat yang hadir dalam hidup kita. Biarpun latar belakang yang berbeza. Ukhuwah persahabatan tidak dikira rupa paras, harta benda mahupun wang. Jika mana ia berlandaskan rupa, harta dan wang, ia hanya menyakit hati kalian suatu hari nanti. Persahabatan tidak akan kekal selamanya. 

Tanyakan diri kembali, kenapa aku berkawan dengan orang ini? Adakah sebab dia kaya, cantik mahupun hensem, bnyak duit? Niat itu penting. Tajdid niat kita balik. Dalam hadis Rasulullah saw ada bersabda :

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى

( Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan atau disertai dengan niat dan sesungguhnya keatas setiap seseorang itu ( dibalas ) berdasarkan niat mereka )



Adakah kita meletakan pergantungan semuanya kepadaNya? Mengikat hati pada jalan dakwah dan perjuangan dalam harian kita? Jangan kita mengikat sesuatu dengan sia-sia, kerana ia akan menyusahkan hidup kita balik. Buat satu perkara sehingga berulangan dua tiga kali. Masa terus menjalankan tugasnya tanpa berpatah balik.

Ikatlah tali itu sekuat yang boleh. 

Begitu juga ikatan hati dengan sahabat kita, cuba menjadi sahabat yang terbaik untuk dirinya. Biarlah kita yang memberi daripada menerima. Jadilah sahabat yang baik dan melebihkan sahabat daripada diri kita sendiri. Kita mungkin sakit sebab kita banyak memberi dan merasakan tidak ada yang memberi untuk kita. Biarlah masalah yang kita hadapi, hanya padaNya kita berpatah balik. Pasti akan ada suatu hari nanti akan dapat sahabat yang telah Allah aturkan untuk diri kita. Bersabarlah wahai hati.

Begitu juga kisah diatas, mungkin kita tak menghargainya sebelum ini. Jangan salahkan dirinya, tanya kembali kepada diri. Adakah aku pernah lakukan kepada orang lain? Hidup ini qisas, kita akan dapat balik apa yang pernah kita lakukan kepada orang lain. Kecuali jika kita bertaubat serta tak mengulangi dan berdoa agar perkara yang tak baik berlaku atas diri kita kembali. InsyaAllah.

Ikatan hati tidak semudah disangka untuk diikat, jika dibandingkan dengan mengikat seutas tali. Pasti akan ada kesakitan yang dirasai kerana manusia itu tidak sempurna. Berlapang dada dan berfikiran terbuka menerima corak kehidupan ini. 


0203am
Jordan






No comments:

Post a Comment