Aug 22, 2012

Tersenyumlah



Apabila anda merasa susah, tertimpa berbagai duka dan kesedihan, maka tersenyumlah, barangkali senyum bisa menghilangkan berbagai kesalahan dari dirimu.

Apabila anda fakir dan merasakan pedihnya rasa membutuhkan, maka tersenyumlah, barangkali kefakiran ini lebih baik bagimu kerana menghalangimu dari keangkuhan yang disebabkan kekayaan dan kesombongan yang disebabkan kemewahan, serta menghindarkanmu dari fitnah dunia.

Apabila anda sakit, tidak bisa meninggalkan tempat tidur dan hanya bertemankan kasur putih, maka tersenyumlah, sebab rasa sakit dapat menjadi penyuci kesalahan-kesalahanmu, ubat hatimu, dan dapat membuat anda bertaubat terhadap Tuhanmu.

Apabila anda dizalimi seseorang dan dihinakan oleh orang yang menzalimimu, maka tersenyumlah, kerana anda adalah orang yang dizalimi bukan menzalimi. Pujilah Tuhanmu, mintalah perlindunganNya bagi dirimu, sehingga anda tidak berada pada posisinya dan dia berada pada posisimu.

Apabila anakmu meninggal dan anda kehilangan buah hati, maka tersenyumlah, kerana dia akan memberi syafaat bagimu dan mempersiapkan bagimu minuman (di akhirat kelak). Dia pergi dengan kesedihannya, serta meninggalkan pahala dan balasannya.

Apabila anda dipenjara dalam keadaan terzalimi dan ditempatkan dalam ruangan sempit sendirian, maka tersenyumlah, barangkali Allah swt menghalangimu dari kemaksiatan, menyelamatkanmu dari bencana dan menjagamu dari kebinasaan.


Mulia ketika hidup,
Mulia ketika mati.
Dr. 'Aidh Al-Qarni.

____________

Didiklah hati dengan keikhlasan dan kesabaran. Jangan biarkan hawa nafsu menguasai diri kita, tapi kuasailah hawa nafsu supaya sentiasa tunduk dan patuh untuk sama-sama beribadah kepadaNya dan menjadi hamba yang mana sebenar-benar hamba di atas muka bumi ini. Hamba kepada Ilahi bukan Insani.


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sekadar kesanggupannya..." 
(QS Al-Baqarah : 286)


Tiada yang lebih hebat dari perancangan Allah buat hambanya. Tersenyumlah. Biarpun dirimu disakiti oleh orang disekelilingmu. Harungilah warna warni kehidupan ini dengan keikhlasan dan kesabaran. InsyaAllah. Beruntung bagi hamba yang sentiasa diberi uji daripadaNya. 




Melihat keindahanNya, betapa aku bersyukur. Alhamdulillah.
Moga Allah redha.
0802






Aug 17, 2012

Kad raya



Bismillahirrahmanirrahim. . .

Alhamdulillah. Ungkapan yang sebaiknya setiap detik dan saat. Sentiasa mensyukuri nikmat ujian dan dugaan dariNya. Pejam celik tanpa menghitung hari ke saat ini, hampir setahun saya merantau ke negara orang. Menjalani ibadah puasa dan beraya bertemankan sahabat seperjuangan tanpa disisi keluarga. Merantau bukan setakat merehatkan otak minda atau menghirup udara segar di negara orang, tapi perlu mengalas amanah sebagai seorang hamba untuk menuntut ilmu. 

Pilu dan sedih, ramadhan pasti akan meninggalkan kita, moga saat yang berbaki ini, kita sama memaksimumkan sebanyakkan mungkin amalan dan pahala. Adakah kita bertemu ramadhan yang akan datang?. Hanya Dia yang mengetahui. Moga diberi ruang untuk bertemu kembali. InsyaAllah. Moga ramadhan yang dijalani mendidik hati dan pemikiran untuk menjadi insan yang sebenar.  Hamba yang sebenar terhadap penciptaNya bukan manusia. 

Buat sahabat yang mengenali diri ini meskipun realiti atau fantasi (^^,) minta maaf salah dan silap selama kita bersahabat. Kira 0-0 la ye. Apapun, saya doakan kejayaan yang terbaik buat sahabat dunia dan akhirat. Moga sama - sama mencari dan mengharapkan keredhaanNya dan terus menjalankan amanah yang terpikul sebagai seorang hamba, anak dan isteri. InsyaAllah. isteri belum lagi. ^^


keciknya sy =.='' 




Moga Allah redha.





Aug 15, 2012

Senandung Air Mata



Aku dikejutkan pada tengah malam,
oleh seekor merpati
Di dahanan itu ia melagu sayu,
sedang aku masih kelenaan


Demi Tuhan Kaabah aku berdusta,
kalau benar aku merindu
Mana mungkin tangisan merpati
dapat mendahuluiku


Aku menyangka akulah pencinta,
yang paling sedih menderita
kepada Tuhan aku tidak menangis
sedang binatang sentiasa dalam tangisan. 


(Petikan kitab Ayyuhal Walad karangan Imam Ghazali Rahimahullah)


0613