May 11, 2011

Cerpen: Aku Ingin Bersama-Mu

“Syah, kau nak ke mana?” 
“Aku nak keluar kejap.” 
“Aik, baru masuk dah nak keluar. Minum dulu... Haha.. Awek pun ramai kat sini, tengok.” 
“Kau ajak lah orang lain. Aku tunggu kat luar.” 
“...”
 +++ 
“Awak sihat hari ni?”

“Hmm. Complicated.”

“Kenapa?”

“Tak tahu.”

“Nak saya datang jumpa awak tak?”

“Tak perlu rasanya. Saya nak berseorangan.”

“...”
+++ 
“Hei, kenapa sedih semacam ni?”  
“Ha? Mana ada. Biasa je.”   
“Tak payah lah kau nak tipu aku. Aku dah cukup masak dah dengan perangai kawan aku ni.” 
“Betul. Tak ada apa-apa.” 
“Dia kalau kata ‘tak ada apa-apa’ ni, mesti ada apa-apa.” 
+++ 


Diam. Berfikir. Itu sahaja yang aku mampu buat sejak beberapa hari yang lepas. Aku tidak tahu mengapa, tetapi itulah yang aku lakukan.

Dibesarkan dalam satu keluarga yang berada, ayahku pemilik syarikat yang sangat terkenal bukan setakat dalam negara, bahkan di luar negara. Ibuku juga sepertinya, cuma syarikat ibuku tidak sehebat ayahku. Aku satu-satunya anak mereka. Tetapi dibesarkan dengan kasih sayang harta dan duit. Agama? Ayah dan ibuku mengajarkan bahawa agama itu hanya untuk mereka yang lemah. Orang macam kami tidak memerlukan ia.
“Ayah cuti tak minggu ni?”

“Tak, kenapa?”

“Tak ada apa-apa, saja tanya.”

Itulah skema jawapan yang biasa ku dengar dari mulut ayahku, dan jua ibuku. Namun berbeza keadaannya jika aku bertanya kepada duit, nescaya dia akan selalu bersamaku. Jika aku bertanya kepada games, kawan-kawan, kekasih aku, mereka akan menjawab, ‘Kami sentiasa bersamamu’.”

Clubbing. Wanita. Games. Lepak. Merupakan rutin dan aku tidak akan dapat hidup tanpa mereka. Merekalah pencorak kehidupan aku. Namun, corak yang direka itu semakin memudar. Aku tidak tahu kenapa. Hambar.
+++ 



Tutup. Aku memasuki ke dalam rumah. Menuju ke ruang tamu. Dan melihat kedua orang tua ku sedang menunggu kepulangan ku. Muram. Itulah yang dapat ku baca dari wajah mereka.
“Apa yang kau buat selama ni di universiti?!”

“Belajar. Kenapa?”

“Belajar?! Belajar apa sampai gagal?! Apa yang buat kat sana?! Tak cukup kah apa yang dah aku bagi kat kau?!”

“Heh. Sejak bila ayah ambil berat tentang Syah?”

“Aku dah habis banyak duit untuk membesarkan kau, bagi kau makan, itu, ini, tapi, apa yang kau bagi kat aku?! kegagalan?!?”

“...”

“Iya, benar kata ayah kau. Inikah pembalasan yang kau berikan kepada kami yang telah memberikan kau kasih sayang selama ni?”

“Kasih sayang?”

“...”

“Haha! Kasih sayang? Apa yang ayah dan ibu tahu tentang kasih sayang?!”

“...”
Tamparan menghinggapi wajah. 

Lari. Tangis. Aku menuju ke arah kereta yang diberikan ayah ku sebagai tanda ‘kasih sayang’nya pada aku, dan memecut laju. Tanpa arah. Tanpa tujuan. Sejauh mungkin.

+++ 


Angin meniupi wajahku. Ditemani alunan pecahan ombak. Dan aku berharap ia akan membawa pergi segala masalah. Bintang menyinar terang, menari di sekitar bulan. Renung. Aku melihat ke arah langit. Mencari sesuatu. Tetapi aku tidak tahu apakah itu.

Tiba-tiba, suara kanak-kanak kecil memecah deruan angin. Menjadikan ketenangan itu semakin indah. Mereka bergelak ketawa sambil berlari-lari. Ceria.
“Cuba adik tengok kat langit. Hebatkan bintang-bintang tu.”

“A’ah. Hebat. Tapi, Pencipta bintang itu mesti lagi hebat kan?”

“Yup. Cikgu cakap, Pencipta segala benda itu Allah. Jadi, Allah tu mesti sangat hebat.”

“Betul betul.”
Mereka pun terus berlari pergi. Tetapi, telah meninggalkan kepadaku sesuatu. Sesuatu yang membuatkan akal aku berfikir. 
‘Apa yang mereka sedang bicarakan tadi? Allah? Pencipta? Hebat?’
+++

  
“Allahu Akbar, Allahu Akbar”

“Allahu Akbar, Allahu Akbar” 
“Asyhadu alla ilaha illa Allah”

Dengar. Aku mendengar sesuatu yang sudah lama aku tidak mendengarnya. Bila kali terakhir. Entah.
‘Allah. Tu perkataan yang disebut budak-budak tadi.’
Aku terus mencari dari mana datangnya bunyi suara itu. Dan menemukan satu masjid. Usang. Tetapi ramai yang mengerumuninya.

Aku mendekat. Dan mendekat. Dan semakin aku merasakan sesuatu. Sesuatu yang aku pernah merasakannya dahulu. Namun aku tidak ingat di mana. Sesuatu yang sangat hebat. Tetapi aku tidak ingat di mana. Aku mula memasuki ke dalam masjid itu. Dan melihat beberapa lelaki sedang berdiri tegak. Hati ku berkata kepada diriku.
‘Apa yang mereka lakukan?’
Mereka tunduk. Mereka bersujud.
“Hey, tak solat sekali ke?”

“Ha? Solat? Apa tu?”

“..”
Seseorang menepuk bahuku dari belakang. Senyuman diberikan kepadaku, dan dia terus memasuki barisan tanpa menunggu aku berbicara kenapa. Dia melakukan hal yang sama dengan kumpulan manusia yang ada tadi.
‘Solat?’
+++ 

Tiba-tiba aku melihat manusia yang berbaris tadi mula bertebaran. Kaku. Aku tidak tahu apa yang mereka lakukan. Aku tidak tahu apa pula yang harus aku lakukan. Semua dari mereka bersalaman dengan aku. Pelik. Aku tidak mengenali mereka. Apakah mereka mengenaliku?
“Assalamualaikum.”
Ha? Aku disapa oleh pemuda tadi. Kelu.
“Err.. Wa. Wa.. Waa..”
Dia terus menyambung apa yang aku cuba katakan,
“Waalaikumussalam. Hehe.”
Aku cuba mengulanginya. Dan dia memandangku seperti menahan ketawa. Geram.
“Wasalam.”
 

+++ 
“Siapa nama kamu?”

“Panggil aku, Syah.”

“Syah dari mana?”

“Tak tahu. Aku cuma tahu, aku sedang mencari sesuatu.”

“Mencari apa?”

“Aku mencari sesuatu yang bernama Allah. Kamu kenal Allah?”

“Kamu tidak mengenalinya? Dahulu saya pun tidak mengenal Dia. Tetapi sekarang, Alhamdulillah, sedikit sebanyak saya tahu mengenai Dia.”

“Dia itu Pencipta dan Hebat?”

“Ya. Dia yang menciptakan segalanya. Dia menciptakan langit dan bumi, Dia menciptakan darat dan lautan, Dia menciptakan kita, dan Dia-lah jua yang telah menciptakan segala-galanya atas dasar kasih sayang yang juga Dia ciptakan. Yang membuatkan kita mampu untuk terus bernafas dan berbicara. Itu semua ketetapan dari Dia.”

“Kau sebut Dia menciptakan kasih sayang?”

“Ya. Segalanya.”

“Dari mana kau dapat semua ni?”

“Dari kata-kata Dia, yang dituliskan sejak 1400 tahun yang lalu. Di dalam ini.” 
“Apa ini?”

“Al-Qur’an.”

“Boleh tengok?”

“Silakan.”

Al-Qur’an? Sebuah buku yang aku pernah melihatnya. Tetapi, memegangnya hampir tidak pernah. Inikan pula membaca. Lalu aku membukanya. Dan aku membaca terjemahannya. Kerana aku bukan sahaja tidak tahu bahasa Arab, bahkan membacanya sahaja aku tidak reti.
“Syah, mari kita duduk.”

“Baiklah.”
Aku terus mengamati kata-kata di dalam al-Qur’an itu.
“Cuba Syah buka surah al-Baqarah, surah ke-2, ayat ke-186.”

“Ha? Aku tak reti.”

“Mari saya ajarkan.”

“...”

“Cuba bacakan.”

“Yang arabnya? Aku tak reti”

“Bahasa Melayu nya sahaja.”

“Bacakan?”

“Ya.” 
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.”  
[QS al-Baqarah, 2:186] 
“Hmm. Apa yang kamu faham?”

“Err. Allah itu dekat?”

“Ya. Sangat dekat dengan kita.”

“Tapi, kalau Allah itu dekat. Kenapa aku tak pernah merasakan akan kehadiran-Nya?”
+++
“Sekarang saya mahu, Syah tahan nafas Syah. Jangan lepaskan sampai saya kata ‘lepas’.”
Aku menarik nafas panjang. Tahan.

....

Hatiku merintih,
‘Lamanya!!”
Wajah ku membiru. Mataku menghitam.
“Ok, lepaskan.”

“Haaah..”

“Apa perasaan Syah sekarang?”

“Apa?! Perasaan?! Ingat aku main-main ke?”

“Saya pun tak main-main. Cuba Syah lihat semula apa yang berlaku tadi.”

“...”

“Pernah tak Syah terfikir, siapa yang memberi Syah kehidupan?”

“Udara?”

”Siapa yang menciptakan udara?”

“...”

“Itu baru satu. Pernafasan. Belum kita cerita mengenai tentang mata. Kemudian telinga, kemudian lidah, kemudian tangan. Yang mana Allah telah berikan kita dengan kadar yang percuma. Dia memberikan kita terlalu banyak benda. Yang mana jika kita melihat kembali segala pemberian-Nya itu. Masya-Allah, terlalu banyak. Hinggakan dari sekecil-kecil penciptaan seperti stimulus dan dan sel, hinggalah kepada kemampuan akal kita untuk membezakan antara yang benar dengan yang silap. Itulah Allah. Dia sangat dekat dengan kita. Cuma kita sahaja yang kadang-kadang,bahkan hampir setiap saat tidak merasakan kehadiran Dia dalam hidup kita. Kenapa?”

“...”

“Kerana ada benda yang lebih dekat dengan hati kita berbanding Allah. Kerana itulah kita tidak dapat melihat betapa dekatnya Allah dengan kita. Cuba Syah lihat surah ke-50 ayat ke-16.”

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” 
[QS Qaf, 50:16]
 

+++

Perbicaraan dengan pemuda itu sungguh membuatkan aku rasa berbeza. Setiap kata yang dikeluarkan membuatkan aku kembali berfikir. Dan membuatkan aku terasa sangat hina.
“Tetapi, bukankah agama ini cuma hanya untuk mereka yang lemah? Untuk mereka yang memerlukan tempat bergantung. Diciptakan agama agar mereka terasa mereka berteman dikala susah, ada tempat merintih dan lain-lain? Tambahan, dunia sekarang maju, kerana tidak ada agama.”

“Syah, apa sebenarnya agama ini, Syah?”

“...”

“Agama tu berasal dari bahasa Sanskrit, bermaksud cara hidup. Atau dalam arabnya, Ad-Deen. Dan cara hidup kita itulah yang akan melambangkan apa sebenarnya akidah atau tuhan di dalam hati kita.”

“Erm.. Tak faham.”

“Jika Syah percaya akan wujudnya hantu, maka Syah akan takut untuk melalui lorong yang gelap. Kerana Syah percayakan hantu. Betulkan?”

“Ya.”

“Begitu juga keadaannya dengan Allah. Jika Syah percayakan Allah, pastinya Syah tidak akan pernah merasa tenang kepada benda lain selain Allah, kerana Allah-lah yang Maha Memberi ketenangan. Syah tidak akan pernah cuba mencari pertolongan selain daripada Allah, kerana Allah Maha Melindungi. Syah tidak akan pernah merindui sesuatupun selain Allah, kerana hanya Allah-lah yang Maha Mencntai, dan Syah tidak akan pernah cenderung ke arah benda-benda lain, selain daripada Allah. Kerana Allah telah bertapak atau merajai hati Syah. Maka setiap apa yang Syah mahu lakukan, pasti berpaksikan dia. Cuba Syah lihat dalam surah yang ke-4, ayat ke-28.” 
“Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah.”   
[QS an-Nisa, 4:29] 
“Lemah?”

“Ya. Kita memang lemah. Hanya yang lemah, bergantung kepada yang kuat. Siapa yang kuat itu? Allah. Jadi, kita adalah insan-insan yang memerlukan agama. Agama yang diredhai Allah. Islam.”
Air mataku mula membasahi wajah. 

 
“Teruknya aku...”

“Kamu tidaklah seteruk mana, seandainya kamu berbuat seperti apa yang Allah suruh di dalam al-Qur’an. Buka surah ke-3, ayat ke-139.”

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” 
[QS Ali ‘Imran, 3:139]

“Dunia ini memang sudah maju. Orang yang bercouple dikatakan maju. Orang yang mewah dikatakan maju. Tetapi secara hakikatnya mereka memang semakin maju. Tetapi maju ke arah neraka. Kerana mereka semakin jauh dari Allah.”
+++

Aku hanya mampu terdiam. Ya. Benar semua katanya.

Aku selama ini yang menjauh dari Dia. Kerana itu aku tidak merasakan akan kehadiran-Nya. Sedangkan Dia tetap bersabar, tetap menanti di sisi aku. Menebarkan segala kasih-Nya dari langit, untuk kehidupan aku di bumi.

Walaupun aku melakukan sesuatu yang tidak sesuai dengan kehendak-Nya, tapi Dia masih lagi beri aku peluang. Dan memberikan aku peluang. Untuk aku menilai, dan bermuhasabah siapa aku sebenarnya. Ya, dahulu aku merdeka. Tetapi sekarang aku sedar, bahawa aku hanya seorang hamba. Hamba yang lemah. Yang tidak pernah merdeka dari perjanjian dengan Tuhan. Allah. Aku ingin maju. Maju ke syurga.

Aku ingin bersama-Mu. Allah.


seorang sahabat....
"semakin hampir"
khir al-imtiaz
1140pm

May 5, 2011

kenapa???

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."

TERFIKIR SEJENAK

Ketika solat didirikan, dan setelah
selesai berdoa.. Terfikir sejenak. Seandainya, semasa kita berdoa kita
mendengar.....

"Thank you for calling Baitullah, Please Select your language"
Press 1 for English.
Press 2 for Arabic.
Press 3 for other language.

Kemudian, kita dengar pula yang ni...

Press 1 for "Requesting."
Press 2 for "Expressing Gratitude."
Press 3 for "Complaining."
Press 4 for "Expressing Sadness."
Press 5 for "other preferences."

Atau....
Bagaimana pula kita dengar seperti ini:

"At the moment, all angels are helping other customers. Please be patient."

Atau mungkin juga ini :

"Our system Showed that you have made one request. Please try again tomorrow."

atau...

"Our services closed on Sunday. Please call us tomorrow after 9 o'clock in the morning. Thank You."

Alhamdulillah.. Allah SWT mengasihi hambaNya, kita dapat menelefon-Nya setiap saat!!!

Tiada HAD MASA,
tiada pencarian COVERAGE,
dan tiada "TALIAN SIBUK."

Talian terus,
tanpa OPERATOR,
tanpa PERANTARA,
tanpa CAJ BIL.
Mahupun perantaraan BAHASA!

Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.
Setiap hari Allah menerima panggilan yang entah berjuta-juta
banyaknya.. Dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun..!!!
Hebatnya kekuasaan Allah, manakan penciptaan manusia dapat menandingi Dia...

"Your Lord has neither forsaken you nor hated you.."
[Ad-duha:3]
..الحمد الله

Apr 22, 2011

Apabila tiada lagi peluang kedua...

Assalamualaikum..

Baru-baru ni masa google2. sy ada terbaca satu kisah ni.. lepas abes baca, rasa tersentak. Mengalir air mata bila habis baca cerita penulis tersebut. Rasanya sangat menarik untuk dikongsi.. Mungkin ada yang pernah dgr, tapi sering lupa.. Semoga cerita yang diceritakan kat bawah ni sedikit sebanyak dpt memberi kesedaran dan muhasabah pd kita..insyaAllah.. :)
                                                                                    . . . .



Hari ini, seperti hari-hari lain dalam hidupku, Allah mengirimkan sebuah mutiara tarbiyah yang amat berharga… Setiap hari, bahkan setiap saat, Dia sentiasa menemani setiap langkah perjalananku, bersamaku dalam setiap hela nafasku, mentarbiyahku, tanpa jemu… Cuma bezanya, kadang-kadang aku terperasan tarbiyahNya, namun kebiasaannya, aku lalai dari petunjukNya.

Exam clinical Paediatrics ku tak berjalan dengan begitu baik, namun Allah Maha Tahu apa yang terbaik buatku.

Kerana kesilapanku sendiri, akhirnya aku hanya sekadar present history separuh je, prof dah suruh berhenti. Dia cakap, “Kalau you present macam ni pro nanti, you memang tak boleh pas… repeatlah 6 bulan”

Dengan terpinga-pinga, aku bangun meninggalkan prof, membawa hati yang sarat dengan penyesalan… Kalaulah diberi peluang kedua…

Dengan kuasaNya, apa-apa pun boleh berlaku pada sesiapa pun yang Dia kehendaki… Kadang-kadang, bukan kita tak tahu, tapi kita terlupa. Kadang-kadang, kita dah prepare lain, tapi yang terkeluar benda lain. Kerdilnya kita, berbanding rencanaNya.

Masih terngiang-ngiang kata-kata prof, “Kalau you present macam ni pro nanti, you memang tak boleh pas…”

Tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu…. Cuba bayangkan… Kalau depan Allah di Padang Mahsyar kelak.. setelah diperhitungkan satu per satu pahala dan dosa kita.. maka Allah mengambil keputusan…




“Kalau macam ni amalan kamu di dunia, kamu tak boleh pas, tak boleh masuk syurga…”

Cuba bayangkan andai ia benar-benar berlaku, di depan Allah Penguasa Hari Perhitungan… KeputusanNya muktamad, tiada lagi talian hayat... Dan kita tahu, andai tidak ke syurga, tiada pilihan lain melainkan ke……. neraka.

Lalu ketika itu, melututlah kita di depan Allah… menangis, merintih dan merayu…




Ya Allah, kembalikanlah aku ke dunia… Ya Allah, aku janji aku akan buat yang lebih baik… Ya Allah, akan kutaati segala perintahMu, dan jauhi segala laranganMu… Ya Allah, berikanlah aku peluang kedua, tolonglah ya Allah….
kembalikanlah aku ke dunia…




Tapi ketika itu, kita tahu… tidak akan ada lagi peluang kedua… ketika itu, penyesalan yang kita rasai, pastinya tak tergambar dek akal fikiran ini… Na’uzhubillah…

Kalau di dunia, selagi nyawa belum sampai ke kerongkongan, selagi matahari belum terbit di sebelah barat, Allah sentiasa bagi peluang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Kalau fail midterm exam pun, ada peluang untuk perbaiki masa final exam nanti. Kalau fail final pro sekalipun, boleh repeat 6 bulan dan resit pro exam lagi sekali.
Tapi, kalau fail di akhirat nanti…?



P/S : Betapa kita merayu pd Allah utk dikembalikan ke dunia, tp itu semua tidak mungkin.. Selagi kita berada di dunia ni, kutip la segala amal dan bekalan utk melayakkan kita ke syurga Allah..sebab kita tak tau, berapa banyak lagi masa yg tinggal utk kita berada kat dunia ni.. wallahualam..

Apr 18, 2011

Kelembutan itu kebaikan...


Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
"Sesungguhnya Allah itu bersifat lemah lembut dan ia menyukai sifat lemah lembut. Dan Allah memberikan sesuatu dengan cara lemah lembut yang tidak diberikan dengan cara kekerasan, dan juga tidak diberikan sesuatu melainkan dengan cara lemah lembut."(Riwayat Muslim)

Sifat Lemah Lembut
1. Sifat lemah lembut adalah sifat yang disukai oleh Allah sebaliknya sifat kekerasan adalah sifat yang dibenci oleh Allah.
2. Kekerasan tidak akan dapat menyelesaikan masalah sama ada yang meliputi bidang alam rumahtangga perhubungan masyarakat dan sebagainya.
3. Umat Islam dituntut supaya bersifat lemah lembut dan bertolak ansur didalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal."(Riwayat Muslim)
1. Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.
2. Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.
3. Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.
4. Rasullullah s.a.w adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda itu.

Apr 8, 2011

Lembaran Hidup Wanita solehah..



Mampukah aku mnjadi sperti khadijah..?
Agung cintanya kepada Allah & rasulullah..
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillilah..
Penawar hati kekasih Allah..
Susah senang rela bersama..

Dapatkah ku didik jiwa seperti Aishah..?
Isteri rasulullah yg bijaksana..
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan..
Tiada sukar untuk dilaksanakan..
Lantaran keikhlasan yg sentiasa bersarang..
Megalir air jernihku..

Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah..
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yg sntiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia..
Layaklah dia menjadi penghulu wanita syurga..

Ketika aku marah..
Ingin ku kutip serpihan sabar
Dari cacatan siti sarah
Mampukah aq menjadi wanita solehah seperti mereka..?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara masyitah..

Mar 30, 2011

Mujur Dosa Itu Tidak Berbau

Terkedu seketika kala menatap tajuk diatas,, mujur dosa itu tidak berbau..
Kalau ia berbau... bagaimana agaknya ya??
Akan adakah orang yang akan mendekati kita?
Bagaimana baunya?... Astaghfirullah...
sesungguhnya Allah itu Maha Menyayangi,,, sentiasa memberi peluang untuk kita mengingsafi diri..


Namun,, kita harus ingat, bahawa hari pengadilan itu tetap ada! Jika di dunia,
 ada kala yang benar dikatakan salah, yang salah pulaterlepas bebas.
Tapi....
Di akhirat kelak, yang benar tetap benar dan yang salah tetap terima hukumannya.
Segala anggota pada tubuh akan berkata - kata,,
meluahkan apa jua dosa dan pahala yng kita lakukan..



Di dunia,, kita mampu menyembunyikan dosa daripada
 pengetahuan manusia lain,,
namun MUSTAHIL menipu ALLAH dan diri sendiri !!
renung - renungkanlah...

Mar 20, 2011

Seandainya Engkau Sedar...

Jika engkau sedar akan mati,
Engkau akan bersedia hidup untuknya...

Jika engkau tahu negeri abadi itu,
Nescaya engkau akan berusaha di dunia ini dan di sana engkau akan makan hasilnya...

Jika engkau tahu apakah syurga atau neraka tempatmu,
Nescaya akan tiada masa untuk ketawa, pasti engkau akan bermandi dengan air mata...

Jika engkau sedar mati itu datang tiba-tiba dan mungkin hidup untuk esok pun belum tentu lagi,
Nescaya urusan Tuhanmu tiada penagguhannya...

Jika engkau kenal dirimu sendiri,
Pastinya engkau tidak akan sempat engkau melihat kesalahan orang lain apakan pula untuk menceritakan mengenainya...

Jika engkau tahu tiap-tiap yang haram itu neraka padahnya dan yang halal itu akan diperiksa,
Nescaya engkau akan berzuhud di dunia ini...

Jika engkau tahu penderitaan di akhirat,
Nescaya penderitaan di dunia ini tidak akan menyusahkan engkau...

Jika engkau tahu betapa nikmat syurga itu,
Nescaya engkau tidak akan terpesona dengan melihat dunia...

SESUNGGUHNYA DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADA ALLAH JUA KITA KEMBALI..
p/s: Untuk tatapan bersama, semoga ia menjadi renungan dalam hidup kita.

Mar 14, 2011

Tsunami

1. Tarikh yg berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia  angka tahun ini :  Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. WauAllahhu Allam.


Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.

Mar 10, 2011

Mintalah Kepada ALLAH

Abu Al-Ghifari berkata, Nabi Muhammad pernah memberitahu mengenai apa yang disampaikan daripada Tuhannya, sesungguhnya Dia berkata, “ Wahai hamba-hambaku, sesungguhnya aku mengharamkan diriku daripada berlaku zalim dan aku haramkan kamu melakukan kezaliman. Oleh itu, janganlah kamu saling zalim-menzalimi antara satu sama lain.

 Wahai hamba-hambaku, kamu cenderung melakukan kesesatan, kecuali orang yang aku berikan petunjuk. Mintalah petunjuk daripadaku supaya aku tunjukkan jalan yang benar.  
Wahai hamba-hambaku, kamu adalah orng yang lapar, kecuali orng yang aku beri makan. Mintalah makanan daripadaku supaya aku beri kamu makanan.



Wahai hamba-hambaku, kamu adalah orng yang tidak berpakaian, kecuali orang yang aku beri pakaian. Mintalah pakaian daripadaku suapay aku berikan pakaian.
Wahai hamba-hambaku, kamu melakukan kesilapan siang dan malam, sedangkan aku mengampunkan dosa-dosamu. Mintalah ampun daripadaku supaya aku ampunkan dosa-dosa kamu.
Wahai hamba-hambaku, kamu tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepadaku mahupun kebaikan kepadaku.
Wahai hamba-hambaku, sekalipun daripada orng yang paling awal sehingga orang paling akhir, baik manusia mahupun jin, semuanya bertakwa sebagaimana ketakwaan orng yang paling bertakwa di kalangan kamu, hal itu tidak menambah walau sedikit pun kekuasaanku.
Wahai hamba-hambaku, sekalipun daripada orng yang paling awal sehingga paling akhir, baik manusia mahupun jin, semuanya melakukan kejahatan sebagaimana kejahatan orang yang paling jahat di kalangan kamu, hal itu tidak mengurangkan walau sedikit pun kekuasaanaku.
 Wahai hamba-hambaku, sekalipun daripada orng yang paling awal sehingga paling akhir, baik manusia mahupun jin, semuanya berdiri di satu tanah lapang lalu semuanya  memohon kepadaku dan aku pun menunaikan semua permintaan itu, hal itu tidak mengurangi sedikit pun apa yang ada di sisiku sebagaimana tidak berkurangnya air laut yang melekat pada jarum yang dimasukkan ke dalamnya.
Wahai hamba-hambaku, sesungguhnya amal-amal kamu, akulah yang menghitung untuk kamu dan aku  akan sempurnakannya untuk kamu. Oleh sebab itu, bagi sesiapa yang mendapat kebaikan, hendaklah dia memuji Allah. Sebaliknya, sesiapa yang mendapat selain daripada itu, jangan dia menyalahkan sesiapa melainkan dirinya sendiri.

Hadis Riwayat Nawawi

Mar 9, 2011

La Tahzan






Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


Tolonglah.. Janganlah Bersedih =D Mari Senyum
Jangan bersedih, Allah Maha pengampun dan Maha penerima taubat
Jangan bersedih, setipa sesuatu telaha da qada dan qadar
Janagn bersedih, kerana kelapangan pasti datang
Jangan bersedih, kerana rahmat Allah melimpah ruah
Jangan bersedih, memaafkan org yg menyakiti itu lebih baik
Jangan bersedih, masih banyak lagi nikmat yg ada pada diri kita
Jangan bersedih, dunia ini tidak layak ditangisi
Jangan bersedih, banyak cara untuk mengusir kesedihan                   
Jangan bersedih, anggaplah celaan org itu sebagai angin yang lalu
Jangan bersedih , hinaan tidak selamanya buruk
Jangan bersedih, pilihan Allah adalah yang terbaik
Jangan bersedih, selagi anda masih boleh berbuat baik kepada org lain
Jangan bersedih, keranan banyak lagi jalan untuk meringankan musibah
Jangan bersedih, masih ramai org yang menyayangi anda
Jangan bersedih, kerana masih ada kehidupan lain
Jangan bersedih, tanyalah dirimu tentang hari ini, kemarin dah esok
Jangan bersedih, kesedihan boleh merosakkan badan dan akal fikiran
Jangan bersedih, kerana hidup ini bukanuntuk bersedih
Jangan bersedih, selagi anda beriman kepada Allah
Jangan bersedih, segala yg ada didunia ini tidaklah berharga
Jangan bersedih, nikmati lah apa yang anda miliki sekarang
Jangan bersedih, bolehjadi cubaan ini adalah anugerah
Jangan bersedih, kerana anda berbeza dengan orang lain
Jangan bersedih, terkadang kesulitan mengandungi manfaat
Jangan bersedih, kehidupan ini lebih singkat dari yg kita jangkakan
Jangan bersedih, kesedihan akan membuatkan musuh anda gembira
Jangan bersedih, hadapilah kenyataan walaupun pedih
Jangan bersedih, kerana...segalanya akan berakhir..insya-Allah


وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ
Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman. Surah Ali Imran : Ayat 139


Asbabul Nuzul 

Allah berfirman kepada hamba-hambaNya yang mu'min tatkala mereka mendapat musibah dalam perang Uhud dan gugur tujuh puluh orang di antara mereka sebagai syuhada', bahawa hal yang serupa telah terjadi pada umat-umat yang sebelum mereka. Para pengikut nabi-nabi yang akhirnya mereka yang beruntung dan orang-orang kafirlah yang binasa. Kerananya Allah memerintahkan hamba-hambaNya mengadakan perjalanan untuk melihat dan menyaksikan bagaimana akibat yang dideritai oleh umat-umat yang mendustakan nabi-nabiNya.

Allah berfirman bahawa di dalam Al-Quran terdapat keterangan sejelas-jelasnya bagi umat manusia,juga mengenai umat-umat yang dahulu. Di samping itu, ia adalah petunjuk dan pencegah dari segala perbuatan dosa dan ma'siat.

Allah swt. melarang hamba-hambaNya janganlah menjadi lemah dan sedih hati kerana apa yang mereka derita dalam perang Uhud. Sebab kemenangan terakhir adalah bagi orang yang mu'min. Dan jika mereka telah mendapat luka-luka dan banyak yang gugur dalam perang Uhud, maka hal yang serupa telah dialami pula oleh musuh-musuh mereka dalam perang Badar. Dan memang demikianlah sunnah Allah yang menggilirkan kehancuran dan kejayaan di antara manusia.


Kaffarah dosa dan Peningkat darjat

Allah berfirman bahawa dengan penderita yang dialami dalam perang Uhud, Allah hendak membersihkan orang-orang yang beriman dari dosa-dosa mereka dan atau mengangkat darjat mereka sesuai dengan penderitaannya. Sedang orang-orang kafir akan dibinasakan, walaupun untuk sementara mereka memperolehi kemenangan.


Allah swt berfirman: Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga sebelum kamu dicuba (uji) dengan berjihad di jalan Allah dan bersabar menghadapi musuh? Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 214:


أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.


La Tahzan

 “Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita”
Inilah kata-kata Nabi Muhammad s.a.w kepada Saidina Abu Bakar r.a ketika mereka bersembunyi di dalam Gua Tsur. Kata-kata inilah yang menjadi semangat dan penenang hati Abu Bakar R.a di dalam kegusaran diburui musuh.

Innallaha ma’ana.

Allah itu ada bersama kita.


Ucapan Musibah

Assalammualaikum wrt wbt..

Apabila dilanda musibah, Allah mengajar manusia
(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan :'Innaa lilaahi wa innnaa
ilaihi raji'uun.'" (Al Baqarah 2:156)

Mengingati Allah, hati akn menjadi tenteram

Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (Al Ra'ad 13:28) 

Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al Baqarah 2: 286) 

InsyaAllah. Wallahua’lam


Sumber: Tafsir Ibnu Kathir