Mar 12, 2013

Terbanglah mencariNya




Andai masalah ini mampu terbang bersama rama-rama, pasti ramai manusia akan menangkap rama-rama ini dan berharap membawa ianya bersama. 

Tapi kita lupa ujian dan dugaan itu adalah didikan langsung Ilahi buat hambanya dan ia juga adalah nikmat. 

Masalah yang hadir, perlu diselesaikan, bukan lari dari masalah. Sahabat, moga kalian terus thabat pada jalan dakwah dan tarbiyah ini biarpun berliku kerana dari situ kita akan belajar sesuatu.

Nov 16, 2012

KetentuanMu


Bismillahirrahmanirrahim


Diri leka dibuai dunia, akhirat entah kemana, laluan yang dilalui masih sama, tidak yang berubah dan berbeza. Allah.

Untuk sekian lama membiarkan diri leka dibuai dunia. Aku bukan seperti yang dulu, bahkan aku mungkin tidak mengenai diriku kini. Merasai terlalu jauh darimu ya Allah. Selama ini aku tenggelam dalam lautan yang terbentang luas.  Membiarkan diri dihidangkan keseronokan dan kesenangan tanpa memikirkan nasib diri ini. waktu yang terluang, aku akui tidak menghargainya sebaik mungkin. Diri ini terlalu leka! Leka melayan dunia yang tidak menjaminkan sesuatu kebaikan buat diriku bila pementasan akhirat telah diadakn kelak. Semua apa yang aku lakukan, semua akan disiarkan! Semua! Bukan sedikit. Aku tertanya-tanya pada diri, apa yang telah aku lakukan selama ini. Adakah aku telah gunakan masa dan tenaga untuk islam? Apa yang aku inginkan bentangkan cara kehidupanku didunia ini kepada penciptaku? Melarikan diri? tidak! tiada seorang pun yang akan dapat melarikan diri. Hanya ketika itu,merasai kekerdilan , kehinaan dan kekotoran dosa yang bertimbun dan ia juga mungkin bergunung. Astraghfirullah. Moga engkau ampunkan dosaku, sedarkan aku ketika aku leka ya Allah. Berilah pembalasan pada dunia buat diriku, bukan diakhirat. Aku tidak mampu menanggung kesakitan dan kepedihan dihari kemudian.


Kini. Tinggal beberapa hari sahaja baki cuti yang aku lalui akan berakhir. Tiada lagi dunia khayalan, dunia mainan, dunia senda gurau. Lepas ini, adalah masa untuk aku bermujahidah seorang insan yang terlalu banyak dihantui kisah kehidupan dan dosa untuk berperang pada hawa nafsu dan kehendak diri dalam pencari ilmu. Moga dipermudahakn segala urusanku. Aku terlalu takut untuk melangkah biarpun setapak kehadapan. Benar. Laluan hidupku masih sama! Tapi, aku akan cuba mengubah cara langkahku. Melangkah langkah yang baru, agar setiap langkahku lebih terjaga. Moga-mogaan. Tiada yang aku pinta dari seorang hamba kepada pencipta melainkan mengharapkan keredhaanNya dan mengharapkan terus beristiqamah pada jalan dakwah dan tarbiyah ini. Aku ingin menjadi anak panah islam yang mana bila dicampak kemana sahaja, islam adalah peganganku!. Mendidik hati dengan keikhlasan dan kesabaran dalam kehidupan ini. Memberi sebaik mungkin setiap apa yang aku lakukan. Memahami setiap ilmu yang aku dapat, untuk dikongsikan kepada orang lain sebaik mungkin. Bantuku ya Allah. Sebaik-baik perancangan adalah perancanganMu. Jadikan aku redha dalam setiap apa yang aku lalui. Aku ingin menjadi seorang pendakwah dan motivasi kepada orang lain. Bila aku ditarbiyah, aku ingin orang lain juga ditarbiyah. Moga dipermudahkan segala urusan ini. amiin.


Setiap apa yang aku lakukan, aku akan cuba mencari ibrah buat diri. Untuk sekian lama, aku hanya mampu melihat mereka pergi meninggalkan kami diteratak ini untuk mengerjakan umrah. Sungguh! Aku terlalu cemburu pada mereka. Ya Allah, pilu hati menahan sebak kerana aku merasakn terlalu hampir dengan kota itu, tapi aku tidak mampu untuk menjejak kaki ke tempatMu. Tunjukkan daku jalan yang benar dan petunjukmu agar aku tidak leka pada dunia untuk sesaat cuma. Jadikan daku seorang yang terpilih untuk menjejak kembali ke kota suci mekah dan madinah. Biarkan pengakhiran hidup ini, adalah pengakhiran yang baik. Jodohkan diriku dengan ketentuanMu.