Apr 22, 2011

Apabila tiada lagi peluang kedua...

Assalamualaikum..

Baru-baru ni masa google2. sy ada terbaca satu kisah ni.. lepas abes baca, rasa tersentak. Mengalir air mata bila habis baca cerita penulis tersebut. Rasanya sangat menarik untuk dikongsi.. Mungkin ada yang pernah dgr, tapi sering lupa.. Semoga cerita yang diceritakan kat bawah ni sedikit sebanyak dpt memberi kesedaran dan muhasabah pd kita..insyaAllah.. :)
                                                                                    . . . .



Hari ini, seperti hari-hari lain dalam hidupku, Allah mengirimkan sebuah mutiara tarbiyah yang amat berharga… Setiap hari, bahkan setiap saat, Dia sentiasa menemani setiap langkah perjalananku, bersamaku dalam setiap hela nafasku, mentarbiyahku, tanpa jemu… Cuma bezanya, kadang-kadang aku terperasan tarbiyahNya, namun kebiasaannya, aku lalai dari petunjukNya.

Exam clinical Paediatrics ku tak berjalan dengan begitu baik, namun Allah Maha Tahu apa yang terbaik buatku.

Kerana kesilapanku sendiri, akhirnya aku hanya sekadar present history separuh je, prof dah suruh berhenti. Dia cakap, “Kalau you present macam ni pro nanti, you memang tak boleh pas… repeatlah 6 bulan”

Dengan terpinga-pinga, aku bangun meninggalkan prof, membawa hati yang sarat dengan penyesalan… Kalaulah diberi peluang kedua…

Dengan kuasaNya, apa-apa pun boleh berlaku pada sesiapa pun yang Dia kehendaki… Kadang-kadang, bukan kita tak tahu, tapi kita terlupa. Kadang-kadang, kita dah prepare lain, tapi yang terkeluar benda lain. Kerdilnya kita, berbanding rencanaNya.

Masih terngiang-ngiang kata-kata prof, “Kalau you present macam ni pro nanti, you memang tak boleh pas…”

Tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu…. Cuba bayangkan… Kalau depan Allah di Padang Mahsyar kelak.. setelah diperhitungkan satu per satu pahala dan dosa kita.. maka Allah mengambil keputusan…




“Kalau macam ni amalan kamu di dunia, kamu tak boleh pas, tak boleh masuk syurga…”

Cuba bayangkan andai ia benar-benar berlaku, di depan Allah Penguasa Hari Perhitungan… KeputusanNya muktamad, tiada lagi talian hayat... Dan kita tahu, andai tidak ke syurga, tiada pilihan lain melainkan ke……. neraka.

Lalu ketika itu, melututlah kita di depan Allah… menangis, merintih dan merayu…




Ya Allah, kembalikanlah aku ke dunia… Ya Allah, aku janji aku akan buat yang lebih baik… Ya Allah, akan kutaati segala perintahMu, dan jauhi segala laranganMu… Ya Allah, berikanlah aku peluang kedua, tolonglah ya Allah….
kembalikanlah aku ke dunia…




Tapi ketika itu, kita tahu… tidak akan ada lagi peluang kedua… ketika itu, penyesalan yang kita rasai, pastinya tak tergambar dek akal fikiran ini… Na’uzhubillah…

Kalau di dunia, selagi nyawa belum sampai ke kerongkongan, selagi matahari belum terbit di sebelah barat, Allah sentiasa bagi peluang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Kalau fail midterm exam pun, ada peluang untuk perbaiki masa final exam nanti. Kalau fail final pro sekalipun, boleh repeat 6 bulan dan resit pro exam lagi sekali.
Tapi, kalau fail di akhirat nanti…?



P/S : Betapa kita merayu pd Allah utk dikembalikan ke dunia, tp itu semua tidak mungkin.. Selagi kita berada di dunia ni, kutip la segala amal dan bekalan utk melayakkan kita ke syurga Allah..sebab kita tak tau, berapa banyak lagi masa yg tinggal utk kita berada kat dunia ni.. wallahualam..

Apr 18, 2011

Kelembutan itu kebaikan...


Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
"Sesungguhnya Allah itu bersifat lemah lembut dan ia menyukai sifat lemah lembut. Dan Allah memberikan sesuatu dengan cara lemah lembut yang tidak diberikan dengan cara kekerasan, dan juga tidak diberikan sesuatu melainkan dengan cara lemah lembut."(Riwayat Muslim)

Sifat Lemah Lembut
1. Sifat lemah lembut adalah sifat yang disukai oleh Allah sebaliknya sifat kekerasan adalah sifat yang dibenci oleh Allah.
2. Kekerasan tidak akan dapat menyelesaikan masalah sama ada yang meliputi bidang alam rumahtangga perhubungan masyarakat dan sebagainya.
3. Umat Islam dituntut supaya bersifat lemah lembut dan bertolak ansur didalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal."(Riwayat Muslim)
1. Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.
2. Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.
3. Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.
4. Rasullullah s.a.w adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda itu.

Apr 8, 2011

Lembaran Hidup Wanita solehah..



Mampukah aku mnjadi sperti khadijah..?
Agung cintanya kepada Allah & rasulullah..
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillilah..
Penawar hati kekasih Allah..
Susah senang rela bersama..

Dapatkah ku didik jiwa seperti Aishah..?
Isteri rasulullah yg bijaksana..
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan..
Tiada sukar untuk dilaksanakan..
Lantaran keikhlasan yg sentiasa bersarang..
Megalir air jernihku..

Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah..
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yg sntiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia..
Layaklah dia menjadi penghulu wanita syurga..

Ketika aku marah..
Ingin ku kutip serpihan sabar
Dari cacatan siti sarah
Mampukah aq menjadi wanita solehah seperti mereka..?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara masyitah..