Mar 30, 2011

Mujur Dosa Itu Tidak Berbau

Terkedu seketika kala menatap tajuk diatas,, mujur dosa itu tidak berbau..
Kalau ia berbau... bagaimana agaknya ya??
Akan adakah orang yang akan mendekati kita?
Bagaimana baunya?... Astaghfirullah...
sesungguhnya Allah itu Maha Menyayangi,,, sentiasa memberi peluang untuk kita mengingsafi diri..


Namun,, kita harus ingat, bahawa hari pengadilan itu tetap ada! Jika di dunia,
 ada kala yang benar dikatakan salah, yang salah pulaterlepas bebas.
Tapi....
Di akhirat kelak, yang benar tetap benar dan yang salah tetap terima hukumannya.
Segala anggota pada tubuh akan berkata - kata,,
meluahkan apa jua dosa dan pahala yng kita lakukan..



Di dunia,, kita mampu menyembunyikan dosa daripada
 pengetahuan manusia lain,,
namun MUSTAHIL menipu ALLAH dan diri sendiri !!
renung - renungkanlah...

Mar 20, 2011

Seandainya Engkau Sedar...

Jika engkau sedar akan mati,
Engkau akan bersedia hidup untuknya...

Jika engkau tahu negeri abadi itu,
Nescaya engkau akan berusaha di dunia ini dan di sana engkau akan makan hasilnya...

Jika engkau tahu apakah syurga atau neraka tempatmu,
Nescaya akan tiada masa untuk ketawa, pasti engkau akan bermandi dengan air mata...

Jika engkau sedar mati itu datang tiba-tiba dan mungkin hidup untuk esok pun belum tentu lagi,
Nescaya urusan Tuhanmu tiada penagguhannya...

Jika engkau kenal dirimu sendiri,
Pastinya engkau tidak akan sempat engkau melihat kesalahan orang lain apakan pula untuk menceritakan mengenainya...

Jika engkau tahu tiap-tiap yang haram itu neraka padahnya dan yang halal itu akan diperiksa,
Nescaya engkau akan berzuhud di dunia ini...

Jika engkau tahu penderitaan di akhirat,
Nescaya penderitaan di dunia ini tidak akan menyusahkan engkau...

Jika engkau tahu betapa nikmat syurga itu,
Nescaya engkau tidak akan terpesona dengan melihat dunia...

SESUNGGUHNYA DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADA ALLAH JUA KITA KEMBALI..
p/s: Untuk tatapan bersama, semoga ia menjadi renungan dalam hidup kita.

Mar 14, 2011

Tsunami

1. Tarikh yg berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia  angka tahun ini :  Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. WauAllahhu Allam.


Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.

Mar 10, 2011

Mintalah Kepada ALLAH

Abu Al-Ghifari berkata, Nabi Muhammad pernah memberitahu mengenai apa yang disampaikan daripada Tuhannya, sesungguhnya Dia berkata, “ Wahai hamba-hambaku, sesungguhnya aku mengharamkan diriku daripada berlaku zalim dan aku haramkan kamu melakukan kezaliman. Oleh itu, janganlah kamu saling zalim-menzalimi antara satu sama lain.

 Wahai hamba-hambaku, kamu cenderung melakukan kesesatan, kecuali orang yang aku berikan petunjuk. Mintalah petunjuk daripadaku supaya aku tunjukkan jalan yang benar.  
Wahai hamba-hambaku, kamu adalah orng yang lapar, kecuali orng yang aku beri makan. Mintalah makanan daripadaku supaya aku beri kamu makanan.



Wahai hamba-hambaku, kamu adalah orng yang tidak berpakaian, kecuali orang yang aku beri pakaian. Mintalah pakaian daripadaku suapay aku berikan pakaian.
Wahai hamba-hambaku, kamu melakukan kesilapan siang dan malam, sedangkan aku mengampunkan dosa-dosamu. Mintalah ampun daripadaku supaya aku ampunkan dosa-dosa kamu.
Wahai hamba-hambaku, kamu tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepadaku mahupun kebaikan kepadaku.
Wahai hamba-hambaku, sekalipun daripada orng yang paling awal sehingga orang paling akhir, baik manusia mahupun jin, semuanya bertakwa sebagaimana ketakwaan orng yang paling bertakwa di kalangan kamu, hal itu tidak menambah walau sedikit pun kekuasaanku.
Wahai hamba-hambaku, sekalipun daripada orng yang paling awal sehingga paling akhir, baik manusia mahupun jin, semuanya melakukan kejahatan sebagaimana kejahatan orang yang paling jahat di kalangan kamu, hal itu tidak mengurangkan walau sedikit pun kekuasaanaku.
 Wahai hamba-hambaku, sekalipun daripada orng yang paling awal sehingga paling akhir, baik manusia mahupun jin, semuanya berdiri di satu tanah lapang lalu semuanya  memohon kepadaku dan aku pun menunaikan semua permintaan itu, hal itu tidak mengurangi sedikit pun apa yang ada di sisiku sebagaimana tidak berkurangnya air laut yang melekat pada jarum yang dimasukkan ke dalamnya.
Wahai hamba-hambaku, sesungguhnya amal-amal kamu, akulah yang menghitung untuk kamu dan aku  akan sempurnakannya untuk kamu. Oleh sebab itu, bagi sesiapa yang mendapat kebaikan, hendaklah dia memuji Allah. Sebaliknya, sesiapa yang mendapat selain daripada itu, jangan dia menyalahkan sesiapa melainkan dirinya sendiri.

Hadis Riwayat Nawawi

Mar 9, 2011

La Tahzan






Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


Tolonglah.. Janganlah Bersedih =D Mari Senyum
Jangan bersedih, Allah Maha pengampun dan Maha penerima taubat
Jangan bersedih, setipa sesuatu telaha da qada dan qadar
Janagn bersedih, kerana kelapangan pasti datang
Jangan bersedih, kerana rahmat Allah melimpah ruah
Jangan bersedih, memaafkan org yg menyakiti itu lebih baik
Jangan bersedih, masih banyak lagi nikmat yg ada pada diri kita
Jangan bersedih, dunia ini tidak layak ditangisi
Jangan bersedih, banyak cara untuk mengusir kesedihan                   
Jangan bersedih, anggaplah celaan org itu sebagai angin yang lalu
Jangan bersedih , hinaan tidak selamanya buruk
Jangan bersedih, pilihan Allah adalah yang terbaik
Jangan bersedih, selagi anda masih boleh berbuat baik kepada org lain
Jangan bersedih, keranan banyak lagi jalan untuk meringankan musibah
Jangan bersedih, masih ramai org yang menyayangi anda
Jangan bersedih, kerana masih ada kehidupan lain
Jangan bersedih, tanyalah dirimu tentang hari ini, kemarin dah esok
Jangan bersedih, kesedihan boleh merosakkan badan dan akal fikiran
Jangan bersedih, kerana hidup ini bukanuntuk bersedih
Jangan bersedih, selagi anda beriman kepada Allah
Jangan bersedih, segala yg ada didunia ini tidaklah berharga
Jangan bersedih, nikmati lah apa yang anda miliki sekarang
Jangan bersedih, bolehjadi cubaan ini adalah anugerah
Jangan bersedih, kerana anda berbeza dengan orang lain
Jangan bersedih, terkadang kesulitan mengandungi manfaat
Jangan bersedih, kehidupan ini lebih singkat dari yg kita jangkakan
Jangan bersedih, kesedihan akan membuatkan musuh anda gembira
Jangan bersedih, hadapilah kenyataan walaupun pedih
Jangan bersedih, kerana...segalanya akan berakhir..insya-Allah


وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ
Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman. Surah Ali Imran : Ayat 139


Asbabul Nuzul 

Allah berfirman kepada hamba-hambaNya yang mu'min tatkala mereka mendapat musibah dalam perang Uhud dan gugur tujuh puluh orang di antara mereka sebagai syuhada', bahawa hal yang serupa telah terjadi pada umat-umat yang sebelum mereka. Para pengikut nabi-nabi yang akhirnya mereka yang beruntung dan orang-orang kafirlah yang binasa. Kerananya Allah memerintahkan hamba-hambaNya mengadakan perjalanan untuk melihat dan menyaksikan bagaimana akibat yang dideritai oleh umat-umat yang mendustakan nabi-nabiNya.

Allah berfirman bahawa di dalam Al-Quran terdapat keterangan sejelas-jelasnya bagi umat manusia,juga mengenai umat-umat yang dahulu. Di samping itu, ia adalah petunjuk dan pencegah dari segala perbuatan dosa dan ma'siat.

Allah swt. melarang hamba-hambaNya janganlah menjadi lemah dan sedih hati kerana apa yang mereka derita dalam perang Uhud. Sebab kemenangan terakhir adalah bagi orang yang mu'min. Dan jika mereka telah mendapat luka-luka dan banyak yang gugur dalam perang Uhud, maka hal yang serupa telah dialami pula oleh musuh-musuh mereka dalam perang Badar. Dan memang demikianlah sunnah Allah yang menggilirkan kehancuran dan kejayaan di antara manusia.


Kaffarah dosa dan Peningkat darjat

Allah berfirman bahawa dengan penderita yang dialami dalam perang Uhud, Allah hendak membersihkan orang-orang yang beriman dari dosa-dosa mereka dan atau mengangkat darjat mereka sesuai dengan penderitaannya. Sedang orang-orang kafir akan dibinasakan, walaupun untuk sementara mereka memperolehi kemenangan.


Allah swt berfirman: Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga sebelum kamu dicuba (uji) dengan berjihad di jalan Allah dan bersabar menghadapi musuh? Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 214:


أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.


La Tahzan

 “Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita”
Inilah kata-kata Nabi Muhammad s.a.w kepada Saidina Abu Bakar r.a ketika mereka bersembunyi di dalam Gua Tsur. Kata-kata inilah yang menjadi semangat dan penenang hati Abu Bakar R.a di dalam kegusaran diburui musuh.

Innallaha ma’ana.

Allah itu ada bersama kita.


Ucapan Musibah

Assalammualaikum wrt wbt..

Apabila dilanda musibah, Allah mengajar manusia
(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan :'Innaa lilaahi wa innnaa
ilaihi raji'uun.'" (Al Baqarah 2:156)

Mengingati Allah, hati akn menjadi tenteram

Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (Al Ra'ad 13:28) 

Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al Baqarah 2: 286) 

InsyaAllah. Wallahua’lam


Sumber: Tafsir Ibnu Kathir

Mar 7, 2011

Program Kampung Angkat PSS&KRU cawangan Kota Kinabalu


Aktiviti: Program Kampung Angkat
Tempat: Kampung Padas Baru, Tebobon
Tarikh: 5-6 Mac 2011

Persatuan Siswazah Sabah(PSS) cawangan Kota Kinabalu dibantu oleh ahli Kelab Remaja Ukhuwwah(KRU) cawangan Kota Kinabalu buat julung kalinya telah melangkah setapak maju lagi ke hadapan dengan merealisasikan program kampung angkat setelah sekian lama dirancang. Sekitar 25 ahli PSS dan KRUKK telah diambil menjadi anak angkat bagi sebanyak 7 buah keluarga di kampung berkenaan.

5 Mac 2011
Ketibaan PSS dan KRU di Kampung Padas Baru pada jam 8.30 bersama-sama dengan kehadiran penduduk di sekitar kampung. Selesai pendaftaran, majlis perasmian bermula dengan bacaan doa serta ucapan alu-aluan dari pengerusi JKK Kampung Padas iaitu Ust Marasin dan juga sdr Mohd Al-Amin selaku pengarah program. Dalam pada itu, penduduk kampung juga sempat diberi penerangan ringkas berkenaan program bagi melancarkan lagi perjalanan program 2 hari 1 malam ini.

Bacaan doa oleh sdr. Sarip Wahab

Penyerahan cenderahati kepada perasmi

Berakhirnya majlis perasmian, ahli PSS dan KRU dibahagikan kepada beberapa kumpulan sebelum diserahkan kepada keluarga angkat. Masing-masing teruja untuk menerima ahli keluarga baru. Walaupun hidup dalam keadaan serba kurang dari segi kemudahan, namun ianya tidak menjadi penghalang kepada penduduk kampung untuk menerima kedatangan 'anak baru' mereka. Bahkan ada yang sudah bersedia mahu mengambil seramai 10 orang peserta untuk dijadikan anak angkat.

Usai menunaikan solat zohor dirumah keluarga angkat, aktiviti membaikpulih surau pula dilakukan. Surau yang usang itu diberi nafas baru dengan proses mengecat semula, pembersihan di dalam dan luar surau. Aktiviti gotong-royong ini berterusan sehingga menjelangnya waktu asar.



Pada sebelah petang, sukaneka pula dijalankan bagi mengeratkan lagi hubungan yang baru terjalin di antara wakil PSS dan penduduk kampung. Acara seperti meniup tepung, isi air dalam botol dan mengikat kaki secara berkumpulan ternyata berjaya mengukir senyuman di bibir setiap yang terlibat.




Pada sebelah malam pula, perjalanan program lebih tertumpu kepada pengisian masing-masing bersama ahli keluarga angkat selain kuliah maghrib.

6 Mac 2011
Seawal 4 pagi, ahli PSS dan KRU ditugaskan membimbing keluarga angkat untuk berqiamullail di rumah masing-masing. Di sini ahli PSS dan KRU banyak belajar kaedah pendekatan yang sesuai dalam mendedahkan dan menerapkan pengamalan Islam kepada keluarga masing-masing. Kemudiannya menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Pada jam 8 pagi, penduduk kampung sekali lagi dijemput untuk bersama-sama mendengar pengisian bertajuk "Rumahku syurgaku". Pengisian ini diadakan di tanah lapang berhadapan dengan rumah pengerusi kampung.

Pada jam 9, majlis penutupan pula dilangsungkan. Wakil PSS (sdr. Al-Amin), ketua kampung (En. Hassan) dan pengerusi kampung (Ust Marasin) telah menyampaikan ucapan penutupan sebagai tanda penghargaan di atas kesudian semua pihak yang melibatkan diri. Selain cenderahati yang diberikan setiap keluarga angkat, pemeriksaan kesihatan juga turut dijalankan secara percuma. Sebelum berangkat pulang, aktiviti memasak beramai-ramai juga sempat diadakan.


Sekiranya tiada aral melintang insya-Allah, susulan umpama aktiviti ziarah akan diadakan secara berkala bagi mengeratkan lagi jalinan silaturrahim di antara 2 komuniti ini. Syukran jazilan buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Jazakallahu Khayran



lebih banyak gambar di sini

Mar 4, 2011

Ummu Haram (Malikah binti Milhan bin Khalid Al-Anshariah) wafat 28 H.

Nama lengkapnya adalah Ummu Haram binti Malhan bin Khalid bin Zaid bin Haram bin Jundub bin Amir bin Ghannam bin Adi bin Nazar al-Anshariyah an-Najjariyyah al-MadaniyyahIa seorang  sahabat wanita yang selalu ikut berangkat bersama pejuang muslim dan sempat mengikuti beberapa kali pertempuran. Beliau sempat ikut dalam penaklukan Siprus bersama suaminya tetapi ia terjatuh dari tunggangannya sehingga dia mati syahid di tempat itu.
Beliau adalah saudari Ummu Sulaiman, bibi dari Anas bin Malik pembantu Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam, Beliau adalah istri dari sahabat yang agung yang bernama Ubadah bin ash-Shamit. Kedua saudaranya adalah Sulaim dan Haram; keduanya ikut di dalam perang Badar dan Uhud dan kedua-duanya syahid pada perang Bi’ir Ma’unah. Adapun Haram adalah seorang pejuang yang tatkala ditikam dari belakang beliau mengatakan, “Aku telah berjaya demi Rabb Ka’bah”.
Ummu Haram termasuk wanita yang terhormat, beliau masuk Islam, berbai’at kepada Nabi shallallâhu ‘alaihi wa sallam dan ikut berhijrah. Beliau meriwayatkan hadis Anas bin Malik meriwayatkan dari beliau dan ada juga yang lain yang meriwayatkan dari beliau.
Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam memuliakan beliau dan pernah mengunjungi beliau di rumahnya dan istirahat sejenak di rumahnya. Beliau dan Ummu Sulaim adalah bibi Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam baik apabila dihubungkan dengan sepersusuan ataupun dikaitkan dengan nasab, sehingga menjadi halal menyendiri keduanya.
Anas bin Malik berkata; “Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam masuk ke rumah kami, yang mana tidak ada yang didalam melainkan saya, ibuku (Ummu Sulaim) dan bibiku Ummu Haram. Beliau bersabda: “Berdirilah kalian, aku akan shalat bersama kalian”. Maka beliau shalat bersama kami pada saat bukan waktu shalat wajib.
Ummu Haram berangan-angan untuk dapat menyertai peperangan bersama mujahidin yang menaiki kapal untuk menyebarkan dakwah dan membebaskan manusia dari peribadatan kepada sesama hamba menuju peribadatan kepada Allah saja. Akhirnya Allah mengabulkan angan-angannya dan mewujudkan cita-citanya. Tatkala dinikahi oleh sahabat agung yang bernama Ubadah bin Shamit, mereka keluar untuk berjihad bersama dan Ummu Haram mendapatkan syahid disana dalam perang Qubrus (Syprus).
Anas berkata: “Adalah Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam apabila pergi ke Quba’ beliau mampir kerumah Ummu Haram binti Malhan, kemidian Ummu Haram menyediakan makanan bagi beliau. Adapun suami Ummu Haram adalah Ubadah bin Shamit. Pada suatu hari Rasululllah shallallâhu ‘alaihi wa sallam mampir kerumah beliau, Ummu Harampun menyediakan untuk beliau, makanan kemudian Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam menyandarkan kepalanya dan Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam tertidur. Tidak beberapa lama kemudian beliau bangun lalu beliau tertawa. Ummu Haram bertanya, “Apa yang membuat anda tertawa ya Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam?” Beliau bersabda: “Sekelompok manusia dari kelompok-Ku, mereka berperang di jalan Allah dan berlayar di lautan sebagaiman raja-raja di atas pasukannya atau laksana para raja yang memimpin pasukannya”.
Ummu Haram berkata: “Wahai Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam do`akanlah agar aku termasuk golongan mereka”.
Kemudian Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam mendo`akan Ummu Haram lalu meletakkan kepalanya dan melanjutkan tidurnya. Sebentar kemudian beliau terbangun dan tertawa.
Ummu Haram bertanya, “Wahai Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam apa yang membuat anda tertawa?”.
Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sekelompok manusia dari umatku akan diperlihatkan kepadaku tatkala berperang di jalan Allah Ta’ala laksana raja bagi pasukannya”.
Ummu Haram berkata : “Wahai Rasululllah! do`akanlah agar saya termasuk golongan mereka”.
Rasululllah shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Engkau termasuk golongan para pemula”.
Anas bin Malik berkata: Ummu Haram keluar bersama suaminya yang bernama Ubadah bin Shamit. Tatkala telah melewati laut, beliau naik seekor hewan kemudian hewan tersebut melemparkan beliau hingga wafat. Peristiwa tersebut terjadi pada perang Qubrus (Syprus), sehingga beliau dikubur disana. Ketika itu pemimpin pasukan adalah Mu`awiyah bin Abi Sufyan pada masa khalifah Utsman bin Affan, semoga Allah merahmati mereka seluruhnya. Peristiwa tersebut terjadi pada tahun 27 Hijriyah.
Begitulah, Ummu Haram adalah termasuk salah satu dari keluarga mulia yang setia terhadap prinsip yang dia pegang, yang mana beliau mencurahkan segala kemampuannya untuk menyebarkan ‘aqidah tauhid yang murni. Beliau tidak mengharapkan setelah itu melainkan ridha Allah `Azza wa jalla.

Mar 1, 2011

Malaikat Memandikan Mayat Hanzalah

Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah saw, “Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti”. Pada masa itu, Nabi Muhammad saw dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. “Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini”, balas Rasulullah saw. “Tetapi saya sungguh berhajat untuk menyertainya”, Hanzalah bertegas. Rasulullah saw berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan.
Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu, perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga. Pada malam Jumaat yang hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana. Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi. Kota Madinah tiba-tiba dikejutkan dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.
“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.”
“Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!”
“Perang akan bermula!”
Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas bangun dari tempat tidurnya, “Saya harus menyertai mereka”. “Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kanda berangkat esok?” Soal isterinya. Hanzalah menjawab tegas, “Saya bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah”.
Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya. Hanzalah menoleh ke arah isterinya, “Janganlah bersedih, doakan pemergian saya, semoga saya beroleh kemenangan”. Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman. Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang. Namun, Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha. “Saya mendoakan kanda beroleh kemenangan”.
Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya.
Di medan perang, jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang. Perbezaan itu tidak menggugat kewibawaan tentera Islam termasuklah Hanzalah. Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan, panglima tentera Quraisy, Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut. Akhirnya Abu Sufyan tersungkur ke tanah. Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan, dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy. Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas, rebah ke bumi.
Sebaik sahaja perang tamat, tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka, tujuh puluh orang kesemuanya dicatat. Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan, beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu, “Saya terlihat antara langit dan bumi, para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas perak”. Abu Said Saidi, antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas mencari jenazah Hanzalah. “Benar kata-kata Nabi Muhammad. Rambutnya masih basah bekas dimandikan!” Abu Said Saidi menyaksikan ketenangan wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya basah dan titisan air mengalir di hujung rambutnya sedang ketika itu matahari terik memancar.