Feb 28, 2011

Cahaya di Hari Kiamat




3 cahaya di hari Kiamat,,,

1. seperti bintang-bintang
2. seperti cahaya bulan
3. seperti cahaya matahari





#  seperti bintang-bintang ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia 
mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan 
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.


#  seperti cahaya bulan ialah cahaya wajah mereka yang mengambil
air sembahyang sebelum azan.

#  seperti cahaya matahari ialah mereka di dunia sudah bersiap
sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.




Feb 24, 2011

~ Ada Apa Dengan Solat ? ~




Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka

mereka orang yang merugi. 
[Al-Munaafiquun : 9]


Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan. 
[Al-Munaafiquun : 11]


Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan:

❶ Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

❷ Meninggalkan solat Isya', maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

❸ Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya. Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja....

❹ Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

❺ Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. Rasulullah saw ada menyebut, meninggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

Rahsia Solat

① Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 

② Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

③ Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 

④ Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 

⑤ Rukuk : Sebagai tikar kita di dalam kubur. 

⑥ I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. 

⑦ Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 

⑧ Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur. 

⑨ Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar. 

⑩ Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur. 

⑪ Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 

⑫ Salam : Memelihara kita di dalam kubur. 

⑬ Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah SWT 

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah SAW bersabda : 
Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. 

Jika ada di kalangan kalian yang perasan, sebab mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th "

Wallahua'alam..

Feb 19, 2011

Kenangan semai 1



assalamualaikum wbt.. 

 bwat sahabat yng tgh baca kat blog nie.. heheee~
shat semua..? alhamdulillah.. harap sahabat2 semua sihat.. yng x sihat tu.. jgan 
dok layan sngt penyakit tu.. hehee~,, bnyak kn berdoa.. insyaalah.. sembuh penyakit tu..

hri ni nak cter skit.. nak cter pasal ap ekk?? hri nie... entah larh.. hehee~..
nak cter pasal sahabat- sahabatku kat sekolah dlu..  best nie.. sedih ad.. marah,
happy, merajuk.. semua larh kat sni.. jeling2 mata pown ad gak.. hehee~.. 
kelas dulu kat tingkat 1.. ad kata tingk 2.. x taw larh.. hantam jak larh..
5 AL-BIRUNI,, tu larh nama kelas kami.. form 5 ad 3 kelas je.. 2 aliran sains..
 stu2 kelas nya ambil kelas sastera..
nak taw brpe owng...?? 3 putra,, 20 putri.. (rmai nye putri).. putra 3 orang je??...
 mne yng laen??.... ramai kat kelas sains.. klw nak taw.. hee~ 
putra nye sllu gak kna "buli" ngan putri.. hehee~ (jangn marah arh).. nnty
cepat tua.. heee~ 

Puan Noraini Abdullah... nie guru kelas kami... caring.. baik hati.. n ap2 larh.. yng pasti
memang baik (sayang cikgu).. sllu beri semngat kat kami.. ye larh.. budak exam kate kan..
tpi x bleh jgak untuk exam je.. tentang kehidupan hrian kite pown ad gak..
dalam kelas ad 4 kumpulan,, 1 putra, 3 putri.. ad yang 6/7 ahli satu kumpulan..
guru kelas kami sllu jgak beri kami makan,, sllu spend.. hehee~ bubur ad.. kek coklat ad..
nasi ayam ad... air jagung pown ad.. (telan air liur dbwat nye).. hehee~
 memng meriah sgt.. macm ad kenduri larh pulk....  hehee~ 
tpi klw bab pmbahagian.. ish2.. mesti putra dapt lebih.. cntoh cam kek coklat.. ad 3 kek.. 
putra dapt 1 1/2 kek untuk dorng.. dahla 3 orng je.. sorng dapt stgah.. best nye.. aman dunia..
paling best makn time sme2,, walaupun skit.. ttap kenyng gak.. sbb makn berebut dapt eratkn 
lgi ukhuwah.. (blerlah lgi nak berebut makn lepas nie) hehee...
kami klw bab makan.. no.1.. sape x ske makan??.. angkat kaki.. hehee~ (tinggi2 arh)..
dahlah kna blnje.. tu larh saat bersama kat dalm kelas ngan gru kelas slku jgak gru sejarah kami..







klw bab bljar pulk,, emm,, mencari idea taw ilham sampai kat luar kelas.... ad kat dpan dewan.. tepi tngga.. orng lalu lalang.. tepi tingkp.. depn pintu bilik spbt pown ad..
 macm2 kerenah kami bwat.... pening gru2 di bwat nye.. hehee~
tpi itu larh kadang2.. kami buat mereka gmbira.. bukan kesedihan.. walaupun kmi dah mengikut haluan msng2.. kenangan tu masih kekal d memori kami... mmm...



klw bab sape datng awal dlu masuk kelas.. putri larh orangny.. ap lgi..
bersih kn kelas.. sapu smpah.. lap tingkp.. susun buku.. n banyk lgi..
klw bab sape buang samph.. nie larh yang payah btul.. " paku n pahat"
nak ketuk.. nak pnggil.. d suruh.. bru larh dok nak bwat.. hehee~ 
ermm.. klw time nak mla bljar.. lgi larh.. sabar je lah.. tunggu dok lame mnadh tangan..
nak bace doa bljar pown nak mesyuart sape yang bace.. isyarat mata.. 6 mata brtemu.. chewah..
 hehee~.. kan 3 putra je.. xkan putri pulak nak bace kot.... btul x?? 



setakat nie dlu.. smbng hri laen pulak.. so.. minta maaf sangat2 klw ap yang ditulis ad yang tersinggng ke.. perasan ke.. ad terkesan kat hati ke... cerita kat atas hanya semata-mata.. takde kaitan mati n hidup.. hehee~


emm,, bab sedih larh pulak... x sedih kot.. sje je tu.. 
bwat sahabat2 seprjuangan.. setiap perkataan,, kata- kata, ayat pesanan.. empat
mata bertemu ketika kita bercerita, lawax, kegembira...
 kesedihan,, marah.. sedih.. menangis.. tu semua tinggl kengan..
yang pergi tetap pergi.. sebab setiap kenangan itu ibaratkn.. pergi x kembali..
penat lelah.. siapkan tugas kerja diberi.. (ad kalany  mmng x siap..).. kita hadapi gak smpai skrg..
memang kita impikan,, klw boleh sahabat kite sllu ad d smping kite..
seprti makanan.. yang sentiasa ad semasa kita perlukn...
sahabat... setiap dugaan yang kita laluan adlah x sme.. menuju haluan masng2..
yng belum tentu lagi kite bertemu walaupun seketika.. 
ingatlah sahabat.. setiap persahabatn,, ad perpisahan yng perlu kita lalui 
walaupun nye perit.. jadiknlah ikatn persahabatan kita seperti tasbih.. yng tiada penghujungny..



soo,, 
sape2 antara shbat nak mendirikan masjid nnty.. jgan lupe sound2..

walaupn dok jauh d perantauan.. klw x.. bgi taw je kat blog nie ekk..


bwat sahabatku,, aisshah, nazurah, didie, syamira, nadhirah, quzalina, ayu baizura, hatijah, syamimi, azizah, patmah, fawahidah, nadia, fatiha, adila, khadijah, khairun nasyitah, dayang, amaliza.... n termasuk jgk asnawi, huzaizi, n syahrul niezam..
maafkn segala kesilapn n khilaf 
selama kita bersahabat.. tidak ad yng istimewa selain sahabat semua.... 
 harapan.. sahabat semua mencapai impian yang diimpikan selama ini.. 
semoga ikatan persahabatan ini kekal selamanya.. 
salam persahabatan n ukhuwah fillah dri sahabatmu ,,,























Feb 17, 2011

Siapa Zinnirah?

Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan akidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan akidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah adalah harta yang tiada ternilai bagi setiap individu muslim. Ia merupakan cahaya yang menyinari hidup insan dan menjadi penyelamat dalam mengharungi kesengsaraan kacau-bilau hari pembalasan kelak.

Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan akidah mereka yang telah terpahat kukuh dalam hati sanubari mereka.


Keimanan yang jitu dan kesanggupan mereka mengharungi keperitan hidup telah membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam. Hingga ke hari ini Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan akidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Dia dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Dia menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dalam lipatan sejarah Islam, golongan yang pertama inilah yang banyak menerima ujian dan dugaan.

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Dia telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya, dia telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan sebagai hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan lemah tetapi dari segi spiritualnya dia mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan Islam secara sembunyi-sembunyi kerana takut diketahui oleh tuannya, Umar Al-Khattab yang terkenal dengan sifatnya yang tegas dan berani. Umar sebelum memeluk Islam amat memusuhi Rasulullah dan kaum muslimin. Zinnirah bersolat, berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semua ini dilakukan dengan penuh hati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah bermula setelah Umar mengetahui keislamannya. Umar dapat menghidu perubahan yang telah berlaku ke atas hambanya itu. Setelah diselidiki, ternyatalah bahawa hambanya itu telah menerima ajaran tauhid yang dibawa oleh Muhammad S.A.W. Zinnirah menjadi mangsa awal kerana kebencian Umar terhadap Islam dan kaum muslimin. Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadapnya. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik menjadi rutin biasa dalam kehidupan Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan penuh kesabaran disamping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila kedua matanya dicucuk dengan besi panas yang mengakibatkannya hilang penglihatannya dan terpaksa mengharungi kehidupan dalam kegelapan. Namun begitu, hatinya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam menghadapi kesengsaraan azab dari tuannya.











“Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurgaMu, aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.”

Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah ketika bermunajat kepadaNya di setiap malam sebagai penawar jiwa diatas segala kesengsaraan yang dihadapi.
Zinnirah akhirnya dibeli oleh Abu Bakar As-Siddiq. Walaupun menerima pelbagai rupa seksaan daripada Umar, Zinnirah tidak mendendami tuannya itu. Malah dia berdoa kepada Allah memohon diberikan hidayah kepada Umar. Penderitaan Zinnirah tidak berakhir di sini, malah dia dicerca oleh kaum musyrikin Mekah. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana mendapat laknat daripada tuhan Latta dan Uzza. Namun begitu, Zinnirah dengan penuh keberanian mempertahankan dirinya dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, tetapi ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkannya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai ujian, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali. Malah sinaran matanya itu lebih bercahaya.

Zinnirah, seorang wanita biasa, yang mungkin tidak dikenali, yang tidak punya harta atau ijazah tetapi mendapat pujian daripada Allah. Para malaikat mendoakan kesejahteraannya. 

Mata kasarnya buta tapi mata hatinya celik, disinari dengan cahaya keimanan serta keyakinan kepada Allah.

Titipan Buat Wanita


"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

Feb 13, 2011

Mabuk Dalam Cinta Terhadap Allah


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s. berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s. berada di hadapannya maka dia pun berkata,


"Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s., 
"Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu." 


Berkata pemuda itu lagi, 
"Wahai Isa a.s., kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." 


Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s. pun berdoa, 
"Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." 










Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. 


Selang beberapa lama Nabi Isa a.s. datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s. tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s. pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung. 


Setelah Nabi Isa a.s. mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah SWT, 
"Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." 
Selesai sahaja Nabi Isa a.s. berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. 


Nabi Isa a.s. pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s., lalu Nabi Isa berkata, 
"Aku ini Isa a.s." 


Kemudian Allah SWT menurunkan wahyu yang berbunyi, 
"Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya." 



Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari 3 perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu; 

① Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia. 
② Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia. 
③ Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya. 





Rasulullah ﷺ telah bersabda, 
❝ Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima : 

❶ Mereka cinta kepada dunia, tetapi mereka lupa kepada akhirat. 
❷ Mereka cinta kepada harta benda, tetapi mereka lupa kepada hisab. 
❸ Mereka cinta kepada makhluk, tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq. 
❹ Mereka cinta kepada dosa, tetapi mereka lupa untuk bertaubat. 
❺ Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah, tetapi mereka lupa kepada kubur. ❞

Wallahua'alam..