Feb 11, 2011

Hidup Tanpa Wanita ?



Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. 
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s. tetap rindukan si Hawa. 


Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. 
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh-Nya. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya.


JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, 
NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR. 
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, 
NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah Dzat yang kekal, itulah suisnya. 




AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU. 
HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN. 
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden, perdana menteri negara ataupun 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. 

Sebaliknya disitulah kasih sayang tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja ; negarawan, karyawan, jutawan dan " wan-wan" yang seangkatan dengannya. 
Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan. 



LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN 
DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. 
SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN 
SEPANDAI-PANDAI LELAKI.


Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. 
Bila wanita durhaka dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, 
rosaklah jantung, hati dan limpa. 

Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADA-NYA
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. 

Jika mahu mendapatkan yang SOLEH, kurangkan "agenda mencari yang Soleh". 
Tetapi BERUSAHALAH menjadi SOLEHAH! 
Jika inginkan yang SOLEHAH, janganlah cerewet mancari si Solehah. 
Tetapi berusahalah menjadi yang SOLEH!
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. 
Bertemu yang soleh, solehnya boleh saja ia berubah.
Kerana si soleh dan solehah adalah insan BIASA. 
Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, 
Bukannya MENCARI.


JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, 
KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI.

No comments:

Post a Comment