Sep 3, 2012

Mencari



Diri leka dibuai dunia
akhirat entah kemana
laluan yang dilalui masih sama
tiada yang berubah dan beza
tika terdiam sebentar
menyelak helaian kehidupan
berbagai ujian dan dugaan dilalui
tapi
masih tiada yang berubah pada diri
hati menjerit kesakitan
membiarkan kelukaan
dan juga pada diri
tiada pengubat ditemui
lupa akan ada yang memerhati setiap saat
yang hanya tahu
menyalahkan takdir setiap masa
keliru dan buntu menghantui
tiada teman disekeliling
merasai hanyalah kekosongan.

Tika mula reba dihujung ketewasan pada diri
ada insan menghulurkan tangan
kemas memegang erat dihujung jari
ligat memikirkan siapakah dia
dari mana datangnya
kenapa mesti saat ini 
tidak pulak untuk menangkis tangannya
masih terdiam
biarkan digenggam erat
air mata mula menitis 
laju dan terus teresak
mula sedari
dipeluk erat dan hati mula disentuh
mula menyedari
masih ada insan yang menyayangi diri ini
hanya diam membuntu bersamanya
bahkan sekelilingku menjadi saksi
nasihat dan kata tersentuh hati
yang terlalu lama tidak disirami kata nasihat.

Kini...
tiada yang mampu dilakukan
hanya ungkapan zikirullah
dikala hampir terjatuh dan tersungkur
Dia beri insan yang dapat fahami diri 
Dia tahu isi hati
Dia tahu apa yang diperlukan oleh hambanya
Dia yang beri kekuatan dan kesabaran
Dia sedarkan dari terus hanyut dek dunia
Dia tak jemu mendengar rintihan hamba
Dia bercerita dari surat cintanya kepada hambanya
Dia sabar dengan kerenah hambanya
biarpun Dia tahu sikap hambanya terhadapNya
dikala hambanya berjalan untuk mencari Dia
Dia berlari kepada hambanya itu
kerdil dan hina pada diri dirasai.

Pengubat ditemui
surat cintaNya
mengenal keindahanNya
zikirullah dan selawat kepadaNya
inilah tempat mengadu yang utama seorang hamba
kepada Sang Pencipta
sehingga mampu menulis bait ini.

Ungkapan dikala ini hanyalah alhamdulillah
Terima kasih Ya Rabbi
Kerana itu, aku masih disini
Merasai nikmat islam, iman dan ihsan.




Mencari cinta Ilahi
Moga Allah redha
1428

No comments:

Post a Comment